Pages

Wednesday, 18 December 2013

@pdrm KELANTAN LANCAR "OPS API" BURU PENJENAYAH LEPASKAN TEMBAKAN TERHADAP POLIS KETIKA SERBUAN !!!


OPS API BURU DUA PENJENAYAH LEPASKAN TEMBAKAN TERHADAP POLIS KETIKA SERBUAN 

Kota Baharu, 17 Dis - Polis Kelantan melancarkan Ops Api untuk memburu dua penjenayah bersenjata api yang melepaskan satu das tembakan kepada sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Beris Kubor Besar, Bachok, petang ini. 

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, melakukan serbuan ke rumah berkenaan yang disyaki sarang penagih dadah. 

"Seorang lelaki yang berada di hadapan rumah tersebut bertindak melarikan diri dan masuk ke dalam rumah itu sebelum anggota polis terdengar pintu belakang rumah tersebut dibuka."

 "Mengsyaki sesuatu, pasukan polis telah pergi ke belakang rumah dan terlihat dua lelaki melarikan diri ke dalam semak belakang rumah dan salah seorang daripada suspek telah melepaskan satu das tembakan yang terkena dinding rumah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui tiga butir peluru hidup jenis .38 dalam laci meja manakala di luar rumah ditemuui dua motosikal, katanya. - BERNAMA

FAKTA KES !!!
Salam para media.

Kejadian melepaskan tembakan.


Pada 17/12/13 jam l/kurang 1415 bertempat dirumah lot 0012 kg beris kubor besar, bachok sepasukan peg dan anggota jsjn polis  ipd bachok  yg  hendak menyerbu lokasi penagih dadah berhampiran rumah diatas.

Tiba tiba seorang seorang lelaki melayu yg berada dihadapan rumah tersebut( Alamat di atas) terus melarikan diri memasuki rumah. Tiba tiba kedengaran pintu belakang rumah dibuka mensyaki sesuatu pasukan polis telah pergi ke belakang rumah dan terlihat 2 lelaki melarikan diri  ke dalam semak belakang rumah. Salah seorang telah melepas satu das tembakan yg terkena dinding rumah.

Hasil pemeriksaan rumah didapati 3 butir peluru hidup jenis .38 dlm laci meja serta  2 m/sikal no DAJ 7355 jenis yamaha dan MCJ 7355 yamaha LC 125 .

Turut di temui dalam rumah tersebut lesen menandu atas nama Muhamad Hafiz bin Saupi .

Ekoran kejadian tersebut Ops Api dilancarkan..Kawasan ops di kawasan pengkalan Che Kassim Dan kg pauh sembilan Bachok.

Kenyataan ketua polis kelantan.


No comments:

Post a Comment