Pages

Saturday, 7 December 2013

MEDIA SOSIAL PENTING UNTUK UMNO!!!


Tak pastilah kalau ada pihak-pihak tertentu dalam parti UMNO khususnya yang melihat kehadiran cybertroopers pro UMNO sebagai beban yang menyusahkan mana-mana pihak.

Bagi MMI sebagai pejuang media maya kita sekadar mahu membantu dan memberikan yang terbaik kepada parti UMNO khususnya dalam kita mendepani gerakan-gerakan tersusun pembangkang yang saban hari sentiasa berusaha untuk meyakinkan rakyat supaya terus-terusan membenci kerajaan.

Malah tidak pernah MMI mendengar mana-mana sahabat pejuang media maya menafikan sebarang bentuk gerakan mahupun jentera di peringkat akar umbi yang sama-sama bekerja demi maruah Bangsa , Agama & Negara.

Sama-samalah kita berusaha masing-masing dengan peranan tersendiri kerana MMI percaya setiap gerak kerja yang menyumbang kepada kekuatan parti seharusnya di lihat sebagai medium untuk memperkukuhkan parti.

Malah MMI amat bersetuju dengan saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu penggunaan media sosial dimanfaatkan oleh ahlinya.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar) menyokong sepenuhnya saranan tersebut malah menurutnya , penggunaan media sosial itu boleh digunakan untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilempar kepada parti itu selain menjelaskan segala kekeliruan rakyat.

"Perkara yang menjadi perhatian tadi apabila Presiden sendiri meminta penggunaan media sosial supaya semua ahli-ahli parti di setiap peringkat menjadikan media sosial sebagai medium menjawab segala tohmahan dan fitnah.

"Juga digunakan untuk kita mewar-warkan segala hala tuju, matlamat dan maklumat. Jadi, ini selaras dengan kehadiran enam juta pengundi muda baru menjelang PRU14," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, penggunaan media sosial itu perlu diamalkan ahli-ahli Umno supaya ia menjadi keselesaan.

"Ini perlu kita amalkan. Jadikan satu keselesaan kepada ahli-ahli parti kerana ini memang mainan zaman sekarang.

"Kalau kita tak menjawab, kita tidak menggunakan media sosial dengan media baru, maka kita akan ketinggalan dari segi penggunaan medium itu," katanya. - Bernama

Tak guna media sosial , UMNO bakal ketinggalan !! 

Apa kata ampa ????

Credit MMI

No comments:

Post a Comment