Pages

Thursday 19 December 2013

JENIS SOLAT SUNAT.


1. solat Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:
a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';
b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Solat Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Solat Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Solat Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Solat Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Solat Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Solat Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Solat Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Solat Sunat Musafir solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Solat Sunat Hari Raya solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Solat Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Solat Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Solat Sunat Mutlaq - Selain daripada waktu-waktu yang terlarang sembahyang padanya, maka adalah disunatkan untuk sembahyang dua raka'at. Sembahyang sunat ini dinamakan sembahyang sunat Mutlak, iaitu sunat yang tidak bersebab, bukan kerana masuk ke masjid, bukan kerana sembahyang sunat sebelum sembahyan fardhu, bukan untuk sesuatu hajat atau sebagainya. Ia merupakan sembahyang yang dilakukan untuk mengisi waktu lapang dengan amalan yang baik.

14. Solat Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Solat Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

17. Solat Sunat Nikah - iaitu Solat Sunat Dua Rakaat selepas selesai upacara akad nikah.

18. Solat Sunat Isyraq - dilakukan 2 rakaat setelah syuruk iaitu sebelum sunat dhuha

19. Solat Sunat Ghairu MuaakkadahYang dikatakan solat sunat ghairu muaakkadah ialah solat-solat sunat yang tidak begitu kuat anjuran untuk melakukannya. Solat tersebut ialah solat sunat sebelum Maghrib, solat sunat sebelum Isyak dan solat sunat sebelum Asar. Termasuk juga ke dalam kategori ini ialah solat Dhuha.

20. solat sunat IhramDikerjakan sebanyak dua rakaat sebelum Ihram Haji atau Umrah

21. Solat Sunat MuqayyadSolat sunat yang dilakukan sebab berhubungan dengan suatu masalah. Dilihat dari sebabnya, maka solat muwayyad ini terbahagi kepada 2, iaitu :
Solat sunat yang disyariatkan sebagai mengiringi solat-solat fardhu, yang dikenali juga dengan nama solat Rawatib.
Solat sunat yang disyariatkan bukan sebagai pengiring bagi solat fardhu, seperti solat Dhuha, Witir dan seumpamanya.

22. Solat Sunat QudumSembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at.

23. Solat Sunat JenazahSembahyang jenazah adalah fardhu kifayah, boleh dikerjakan bila-bila masa sahaja walaupun pada waktu yang dilarang. Boleh dilakukan secara berseorangan atau berjemaah. Memadai dilakukan oleh seorang sahaja daripada lelaki walaupun kanak-kanak yang mumayyiz.

24. solat jama' dan qasarSolat Jama’ telah diberikan kepada umat Islam bagi memudahkan musafir untuk menjalankan ibadah solat. Hukum menunaikan solat Jama’ adalah harus bagi mereka yang bermusafir. Kemudahan dalam menghimpunkan solat dalam satu masa (Solat Jama’) wajar dimanfaatkan oleh umat Islam agar solat anda tidak terabai.

25. Solat Sunat Nisfu Sya'banDikerjakan dua rakaat selepas solat maghrib pada malam Nisfu Sya'ban dengan seorang diri atau berjemaah.

26.Solat Sunat AsyuraPada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.

27. Solat Sunat Lailatul QadarRasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi)

28. Solat Sunat Tolak BalaDikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.

29. Solat Sunat SyukurApabila kita mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur kehadrat Allah swt, cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah, sujud syukur, sembahyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

30. Solat Sunat MusafirSetiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T

31. Solat Sunat Tawaf Tiap-tiap kali seseorang mengerjakan tawaf di Masjidil Haram di Mekah, selepas bertawaf tujuh kali mengelilingi Ka'abah, sama ada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan mengerjakan sembahyang tawaf disamping Baitullah. Sebaik-baiknya sembahyang sunat tawaf ini dilakukan di maqam Nabi Ibrahim, atau Hijir Ismail.

32. Solat Sunat HadiahDiriwayatkan bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar suasana yang datang kepada mayat itu. Oleh kerana itu, sebagai menolong berdoa bagi yang telah pulang ke rahmatullah itu, dianjurkan bagi keluarga yang meniggal itu, agar melakukan sembahyang sunat Hadiah bagi si mayat. Semoga di dalam kuburnya, dia dikurniakan Allah kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna dan menggembirakan. Sembahyang ini dinamakan sembahyang Hadiah.

33.Solat Sunat Zawal Waktu  Zawal yang dikenali juga sebagai waktu Istiwa atau waktu rembang  ialah masa matahari berada tegak di atas kepala, iaitu apabila kita berdiri, tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.

34. Solat Sunat MuakkadSolat sunat Muakkad ialah sembahyang sunat yang amat digalakkan untuk melakukannya, dan sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw. Solat sunat yang termasuk dalam solat sunat muakkad ialah solat Rawatib iaitu 2 atau 4 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak, 2 rakaat sebelum Subuh, solat Witir, solat Tarawih, solat Aidil Adha dan beberapa jenis solat yang lain.

No comments:

Post a Comment