Pages

Monday, 23 December 2013

HIMPUNAN GULING KERAJAAN !!! @@Zahid_Hamidi & @pdrm MESTI BERTINDAK SEGERA !!!


Polis Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dan memburu pemilik akaun Facebook (FB) yang membuat kenyataan berunsur hasutan dan mengajak orang awam menggulingkan kerajaan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap individu terbabit. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan akan ditukar kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 jika perlu iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Sumber-FB Rasmi PDRM

“SAPA HALANG, KAMI LANGGAR…
INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN”

Hebat kata-kata HASUTAN yang dilaungkan kepada anak2 muda yang ingin turut serta dalam “HIMPUNAN GULING KERAJAAN” pada malam ambang MERDEKA 31 Disember 2013.

Pasti ramai yang telah mendengar atau mengetahui mengenai satu himpunan jalanan yang bakal diadakan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Tidak cukup dengan portal dan blog, para macai mereka turut menjadi agen promosi tidak rasmi dalam menghebahkan perkara ini melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.


Tujuan mereka cuma satu, bagi memastikan kehadiran pada demonstrasi yang di diadakan pada kali ini boleh dikategorikan sebagai ‘pecah panggung’. Ini kerana seperti yang diketahui umum, pengaruh dan sokongan rakyat kepada pakatan khusus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin hari merudum. Buktinya, beberapa siri himpunan jalanan yang diadakan selepas pilihanraya umum yang lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Harap pihak berkuasa siasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Kita ada pilihan raya umum setiap lima tahun sekali, jadi penganjur sepatutnya guna jalan yang betul, bukan heret rakyat turun di jalanan.

FIKIRLAH SEBELUM LAKUKAN SESUATU !!!

No comments:

Post a Comment