Pages

Sunday, 15 December 2013

FAKTA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU !!!


Ketika pihak tertentu menuding jari kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan keganasan dan penyalahgunaan kuasa, ramai yang tidak tahu sekurang-kurangnya 22 pegawai dan anggota keselamatan itu maut manakala 85 yang lain cedera, malah ada yang hanya mampu terlantar ketika melaksanakan tugas menjaga keamanan negara bagi tempoh tiga tahun (2011-Jun 2013).

Mereka membabitkan pegawai dan anggota yang mengalami kemalangan ataupun bencana ketika bertugas atau dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan.

Bagi 2011 saja, lapan orang maut manakala 39 parah dan pada 2012 pula, lima maut dan 36 parah. Sehingga Jun 2013, seramai sembilan maut dan 10 parah.

Statistik direkodkan Bukit Aman itu membuktikan pelbagai risiko dan ancaman terdedah kepada semua penyarung Sang Saka Biru setiap saat dalam melaksanakan tugas murni mempertahankan negara.

Namun, segelintir masyarakat tetap mempunyai persepsi negatif, malah ada antara mereka memandang remeh pengorbanan dilakukan pegawai dan anggota PDRM itu.
















No comments:

Post a Comment