Pages

Wednesday, 11 December 2013

EKSKLUSIF #Banjir2013 !!! TERBAIK DARI DS @shaberyc JAWAB ISU KHEMAH DAN PUSAT PEMINDAHAN !!! (VIDEO INSIDE)


Khemah akan disediakan kepada mangsa banjir namun ia tidak akan dilaksanakan dalam negara berikutan pusat pemindahan hanya beroperasi untuk jangka masa singkat sekaligus menolak persepsi yang dimainkan media sosial pro pembangkang yang cuba membandingkan pusat pemindahan dari luar negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, negara Malaysia tidak memerlukan pusat pemindahan untuk tempoh lama kerana air banjir akan surut dan tidak seperti di negara Jepun yang menghadapi bencana tsunami seterusnya menggunakan khemah sebagai pusat pemindahan sehingga tempoh lebih daripada sebulan.

"Jepun,ia berlaku tsunami,mereka menetap di pusat pemindahan hingga sebulan ke dua bulan.Begitu juga di Thailand,3 bulan.Mereka juga kelam kabut dalam tempoh seminggu kerana tempoh itu adalah bagi menyelamatkan nyawa terlebih dahulu. Selepas itu baru memikirkan soal kelegaan dan keselesaan," 

"Pengalaman kita, 5 hari itu sebagai tempoh maksima di pusat pemindahan. Apakah kerana mahu menyediakan untuk kegunaan 5 hari itu kita perlu mengangkut dan sebagainya. Khemah ada ,namun jika mahu menyediakannya kita perlukan lebih ruang, bagi saya mungkin kita dapat tambahbaik iaitu penggunaan 'sleeping bed'. a merupakan sumbangan yang baik kerana ia terdapat tilam dan selimut dalam masa sama dan boleh digulung,ia lebih efektif," katanya.


anda lihat gambar di sebelah ,itu adalah gambar di jepun. Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini, masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa. Mereka ini mempunyai kesedaran tinggi peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka mainkan tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.ini membolehkan negara mereka untuk bangkit kembali dengan pantas selepas berlakunya musibah.

Masyarakat Jepun sama ada orang awam atau parti politik tidak memijak di atas kepala agensi dan anggota penyelamat untuk mendabik dada sendiri. Dalam keghairahan kita untuk membandingkan situasi dalam negara dengan negara luar yang dirasakan lebih ke hadapan,seharusnya kesediaan masyarakat untuk turut sama menggalas perubahan juga harus diambil kira. Tahap kesedaran rakyat Jepun terhadap pentingnya untuk bersedia menghadapi bencana adalah amat tinggi. Menyedari bahawa mereka tinggal di kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam, mereka memberikan kerjasama dalam melaksanakan langkah persediaan termasuk mengambil insurans bagi melindungi harta benda mereka.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihadapan gambar-gambar yang di ambil semasa beliau turun membantu mangsa banjir di Kemaman tempohari.

No comments:

Post a Comment