Pages

Monday, 9 December 2013

ALHAMDULILLAH...13 KOMANDO TERSELAMAT DIPUKUL OMBAK LAUT !!!

Berpantang maut sebelum ajal...
Syukur Alhamdulillah...
semua 13 komando ATM terselamat selepas bot mereka karam dilanda ombak . 

Kemahiran , ketahanan fizikal  & ilmu ketenteraan diajar dalam latihan  ternyata berjaya menyelamatkan mereka walaupun dibadai ombak lautan . 


Khidmat mereka masih lagi diperlukan negara .



 11pelatih komando, 2 jurulatih berjaya berenang dari Pulau Upeh ke Pantai Puteri

Melaka: Seramai 13 anggota tentera termasuk 11 pelatih komando yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dilanda ombak di perairan Selat Melaka, berhampiran Klebang, dekat sini malam kelmarin, ditemui selamat selepas berjaya berenang ke Pantai Puteri, awal pagi ini. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Puteri jam 1.19 pagi. 


No comments:

Post a Comment