Pages

Thursday, 28 November 2013

SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR...!!! SENTIASALAH POHON KEAMPUNAN ALLAH SWT .

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan...? 

Surah Ar-Rahmaan
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 

[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 

Al-Furqaan
[53]
Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. 


Jangan segan meminta ampun dan bertaubat kepada Allah SWT kerana segala dosa kita... insyaAllah akan diampunkan KECUALI SYIRIK

Dari Anas RA dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

"Allah SWT berfirman: 
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sampai ke awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau. 
Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Hadisnya hasan sahih)

Amien... Amien Ya Rabbal ‘Alamin
آمِيّنْ… آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ

No comments:

Post a Comment