IPOH: Seorang wanita dipaksa menyaksikan pembunuhan kejam dilakukan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang yang menetak keseluruhan anggota badan seorang pemuda dalam kejadian di sebuah rumah di Hala Timur 7, Chandan Desa, di sini, 2.30 petang tadi.
Mangsa berusia 22 tahun maut selepas ditetak berkali-kali kumpulan lelaki terbabit dan kejadian itu disaksikan rakan mangsa yang juga penyewa rumah berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, ketika kejadian, mangsa dan saksi wanita terbabit berada di ruang tamu sebelum sekumpulan empat lelaki yang memakai topeng ski dan kesemuanya bersenjatakan parang menyerbu masuk rumah serta terus menetak mangsa.
"Siasatan awal mengikut keterangan saksi dan jiran mangsa, mendapati sekumpulan lima lelaki menaiki Proton Perdana warna hitam ke rumah mangsa, sebelum empat daripadanya yang bertopeng memasuki rumah, manakala seorang lelaki tidak bertopeng bertindak sebagai pemandu menunggu dalam kereta.

"Ketika suspek di dalam rumah, penghuni yang juga saksi utama kejadian dipaksa duduk di satu sudut ruang tamu dan tidak dibenarkan bergerak, manakala mangsa boleh dikatakan ditetak di seluruh anggota badan oleh kumpulan penyerang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ahmad Tarmizi berkata, kesemua suspek kemudian meninggalkan rumah berkenaan dan wanita itu tidak diapa-apakan, sebelum jiran mangsa yang menyedari kejadian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.
"Wanita terbabit menyewa rumah itu bersama suaminya, manakala mangsa baru saja menumpang di rumah berkenaan sejak hampir dua bulan lalu. Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang bekerja sebagai mekanik tiada di rumah ketika kejadian.
"Kes ini mungkin bermotifkan dendam kerana polis turut menerima satu lagi laporan berhubung serangan sama yang berlaku di Lebuh Rapat Baru, Taman Seong Choon yang terletak kira-kira dua kilometer dari kejadian pertama.
"Serangan kedua berlaku 45 minit kemudian dipercayai membabitkan kumpulan sama berdasarkan kereta yang digunakan, namun mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis," katanya.
Menurutnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek serta mengesan suami penyewa rumah untuk membantu siasatan.
Sementara itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Kiah, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang menukar air kolam ikan di halaman rumahnya, sebelum melihat sebuah kereta berhenti di depan rumahnya.
"Saya terperanjat apabila melihat empat lelaki keluar dari kereta itu dengan masing-masing membawa parang dan meluru masuk ke dalam rumah mangsa. Seorang anak saya yang turut melihat kejadian itu menarik saya masuk ke dalam rumah dan kami mengunci pintu kerana ketakutan.
"Kemudian, saya terdengar mangsa menjerit meminta tolong dan tidak sampai lima minit selepas itu saya lihat semua lelaki berkenaan menaiki semula kereta dan beredar, manakala penghuni wanita itu pula keluar rumah dalam keadaan menggigil ketakutan serta menangis," katanya.

MyMetro
No comments:
Post a Comment