Pages

Friday, 29 November 2013

PANAS: MESTI BACA !!! PELAJAR BUAT DUA LAPORAN POLIS BERHUBUNG AKAUN FB PALSU !!!


Kuantan: Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya.
Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.
Selain pernah diugut bunuh oleh bekas teman lelakinya itu, pelajar terbabit juga mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu.
Pernah diberi kaunseling
Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling.
Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu.
Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. Penyebaran GAMBAR pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet.

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah.
Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum.
Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya.
-Berita harian

Laporan Pertama
Pada 24.4.2013 jam lebih kurang 3.09 petang, semasa berada di kelas universiti Malaysia Pahang.saya telah menerima mesej dari kawan lelaki nama Aizuddin Bin ****** melalui no 019 988****.mesej tersebut seperti 'bunuh awak bagi saya macam bunuh semut.awak tunggu lah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup2.perempuan x dengar ckp dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.saya heret awak.saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis.tak menyesal langsung bunuh awak.saya puas hati'.sebelum ini saya telah banyak kali menerima mesej ugutan dari beliau.dia juga ada berjumpa dengan saya dan pernah membawa pisau serta meletakkan ke sisi saya semasa kami berada di cafe universiti.dia juga sentiasa berkata ugutan yang sama kepada saya.saya telah memutuskan hubungan dengan dia memandangkan saya tak tahan dengan sikapnya yang begitu.dia juga pernah menarik saya dengan kasar.saya pernah mengadu ke pihak kaunseling dan pihak kaunseling telah berjumpa dengan Aizuddin tetapi sikap Aizuddin tidak pernah berubah.baru baru ini Aizuddin menggunakan laman sosial untuk memburukkan saya dengan meletakkan gambar saya disitu.Keluarga saya pernah berjumpa dengan keluarga Aizuddin di PAhang tetapi masih juga tiada perubahan.Sehingga laporan ini dibuat Aizuddin masih lagi mengganggu saya.tujuan saya buat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan diri saya kemudian hari.

Laporan kedua
Pada 25/11/2013 jam lebih kurang 11.00 pagi semasa saya berada dirumah dialamat******** saya telah mendapat tahu nama saya telah terlibat dalam jenayah cyber apabila semua page-page dalam facebook,blogger-blogger telah sebarkan gambar-gambar lama saya. saya tidak tahu apa-apa berkaitan penyebaran tersebut sehinggalah nama saya sudah tersebar satu Malaysia.melalui facebook page dan blog-blog.apabila saya membuka laman sosial tersebut sebelum ini semasa di Pahang, saya tidak boleh membuat sebarang report kerana setiap hari saya diugut bunuh seandainya saya tidak bersama beliau.ini merupakan report kali kedua keatas kes ini.facebook itu bukan FB saya..lelaki tersebut bernama Aizuddin Bin ****** telah guna FB yang dia cipta sendiri dan guna nama saya jadi semua orang ingat FB tersebut,status -status,gambar-gambar yang ada, saya yg lakukan sendri.padahal tidak.saya tidak tahu menahu langsung ayat - ayat, status status yg mencabar JAKIM, Agama Islam dan ayat-ayat yang ditulis dan diperkatakan dalam FB tersebut juga adalah melalui dia.orang ramai akan menyangka itu perbuatan saya.status status palsu dalam FB tersebut ditulis oleh Aizuddin untuk menjatuhkan saya dan maruah saya serta mengaibkan saya.Pada hari ini nama saya telah tersebar dengan sangat meluas melalui laman sosial.saya ingin membersihkan semula nama saya dan kemuka keadilan saya mahu Aizuddin mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya berkaitan dengan hal ini telah dimaklumkan kepada ibubapa beliau tetapi ibubapa beliau itu tidak langsung ambil tindakan yang sepatutnya terhadap anak mereka.sebaliknya hanya memberi alasan tidak tahu nak nasihat macam mana walaupun mereka tahu Aizuddin buat pelbagai cara utntuk aibkan saya.ayahnya Mazlan seorang guru kanan sekolah tidak mengambil apa apa tindakan langsung malah membiarkan sahaja

PS:"
Nak salahkan siapa??? Pandai buat... pandailah tanggung!!!
Inilah akibatnya terlalu memikirkan keseronokan bila dilamun cinta sehinggakan sanggup gadai maruah diri.

SEMOGA DIJADIKAN IKHTIBAR DAN PENGAJARAN PADA REMAJA KHUSUSNYA KAUM HAWA DI LUAR SANA.

No comments:

Post a Comment