Pages

Friday, 15 November 2013

MUKTAMAR PAS KE 59 :"UNTUNG RUGI" PAS DALAM PR JADI TOPIK UTAMA !!!


BANGI: Muktamar PAS pada 22 hingga 24 November ini akan menjadi menjadi medan melontarkan pelbagai perkara termasuk kerjasama parti itu bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang didakwa tidak ‘menguntungkan’ Islam, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, pemimpin veteran PAS ini turut menganggap muktamar kali ini sebagai muktamar pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Muktamar kali ini adalah muktamar pasca PRU13 yang hasilnya kita lihat PAS berkurangan kerusi Parlimen berbanding 2008 dan kita juga hilang sebuah negeri di Kedah.

“Tapi pada masa sama PAS bertambah pengaruhnya di Selangor, Perak dan tambah kerusi di Terengganu yang hampir-hampir menguasai kerajaan negeri.
“Jadi kalau tolak campur dan sebagainya kita melihat ‘figure’ bilangan orang yang menyokong dan menyertai PAS telah bertambah secara umumnya,” kata Haron yang ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi di sini.
Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan.
Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015.
Tahaluf siyasi dijangka jadi topik utama
Tambah Haron, perkara lain yang dijangka menjadi topik utama adalah kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.
“Namun demikian, muktamar kali ini memang menjadi medan untuk melontarkan pelbagai perkara terutamanya tentu ada suara nak mengatakan bahawa PAS selama bergabung dalam Pakatan Rakyat ia berada dalam keadaan Islam lebih untung atau Islam lebih rugi.
“Saya nak bezakan antara kerusi yang kita menang dengan pengaruh yang kita dapat, maknanya kalau kerusi kita berkurangan seolah-olah orang menolak walaupun dua kerusi.
“Tapi dilihat bilangan orang yang mengundi kita, jumlah yang kita peroleh memang bertambah bilangannya bermakna memberi keuntungan kepada PAS,” katanya mengulas kedudukan Islam yang didakwa merugikan sejak PAS bergabung dengan PKR dan DAP sejak 2008.
Tegas tokoh perubatan Islam ini, negeri-negeri yang dikuasai Pakatan perlu memastikan Islam diberi lebih ruang untuk bergerak dan menjadi agama yang dihormati.
Untuk rekod Pakatan menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan pada PRU13, Mei lalu.
“Negeri-negeri yang kita boleh bersama menyuarakan hasrat Islam untuk lebih perhatian terhadap isu-isu semasa itu kepada memberi lebih ruang supaya Islam itu bergerak dan lahir sebagai sebuah agama yang dihormati.
“Jadi muktamar mempunyai ruang untuk menyenaraikan beberapa pengesyoran, apa yang patut kita buat tapi kesemuanya mesti ke arah bagaimana lebih menaikkan Islam di persada tanah air yang mungkin kalau tidak kita lihat sebagai kewajiban bersama yang perlu ditanggung oleh kesemua umat (Islam),” katanya 

No comments:

Post a Comment