Pages

Wednesday, 20 November 2013

MENJELANG MUKTAMAR PAS KE 59 : "PAS WAJAH BARU" KEMPEN MENANGKAN MAT SABU !!!


PAS Wajah Baru : ‘Say No To Nik Amar’
Sebuah blog bernama "PAS WAJAH BARU" melancarkan kempen ‘Say No To Nik Amar’ untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Nik Amar yang dimaksudkan itu adalah Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang bertanding dengan penyandang, Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk jawatan tersebut.
"PAS WAJAH BARU" membuat pengakuan bahawa kami akan menyokong Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS kerana kami tak mahu ustaz atau ulamak menjadi Timbalan Presiden. Cukuplah PAS dikuasi oleh golongan ulamak tradisional dan ulamak kampung dalam PAS berpuluh tahun.
“Biarpun Mat Sabu dikatakan ada kaitan dengan Syiah, kami tidak peduli. Kami tahu ada wesbite http://musafirasing.blogspot.com/2011/04/bakal-presiden-pas-syiah.html yang memaparkan kertas kerja Mat Sabu di German yang memuja ulamak Iran dan Syiah, kami tetap akan sokong Mat Sabu.
“Biarpun Mat Sabu pernah menyebut jangan buang 5 orang parasit dalam PAS, dan meskipun kami PAS Wajah Baru merasa kecewa, dengan kenyataan Mat Sabu ini. tetapi kami akan lebih kecewa kalau ulamak terpilih menjadi Tim. Presiden PAS kali ini,” kempen blog itu.
Blog itu juga turut berkempen agar Mat Sabu tidak memecat  5 individu yang dinamakan ‘parasit PAS’ iaitu Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad,  Dr Dzulkifli Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yosof Rawa.
“NO to Dato’ Nik Amar, NO to Dato’ Ahmad Yaakub Menteri Besar Kelantan!.
“Jangan beri ruang pada Dato Nik Amar yang tidak pernah jadi Naib Presiden untuk menjadi Timbalan Presiden PAS,”kempen blog itu lagi.
PAS Terengganu pernah mendedahkan Mat Sabu pernah menuduh 5 orang pimpinan PAS di atas sebagai ‘parasit.’
“Sekarang ini pun PAS Wajah Baru sudah berjaya meletakkan hampir semua pimpinan TOP 5 yang tertinggi dalam PAS adalah bukan ulamak, cuma satu sahaja lagi jawatan yang masih dipegang oleh ulamak iaitu Dato’ Seri Haji Hadi. Timbalan Presiden dan Naib Presiden semua bukan ulamak.
“Satu kejayaan PAS Wajah Baru, ilham dari buku Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertajuk PAS Wajah Baru. Apabila sampai masanya nanti, PAS Wajah Baru mahu Presiden PAS juga akan dipilih dari bukan ulamak.
“Sebagaimana kami PAS Wajah Baru telah beri sokongan pada Mat Sabu dalam Pemilihan Timbalan Presidend Muktamar PAS yang lalu untuk menjatuhkan Ustaz Nasa (kategori ulamak), maka kami akan kempen terus untuk sokong Mat Sabu kekal sebagai Timbalan Presiden dan bukannya Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden.
“Adalah lebih selamat Dato’ Husam kekal sebagai Naib Presiden. Lagi pun Husam adalah “adik” kepada Mat Sabu dalam perjuangan. Husam pun pernah berkata dia tidak ada sebab untuk bertanding melawan Mat Sabu,” kempen blog itu.
AIDCNews

No comments:

Post a Comment