Pages

Thursday, 14 November 2013

CARA SOLAT SUNAT ASYURA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari Asyura ( 10 Muharram ) adalah hari kegemilangan beberapa Rasul Allah. Maka disunatkan melakukan Solat Sunat empat rakaat dengan dua salam. Tiap dua rakaat satu salam.


Lafaz niat
Usolli Sunnata 'Asyura Rak'taini Lillahi Ta'ala, Allahu Akbar.
 " sahaja aku solat sunat Asyura dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rakaat pertama baca Al-fatihah dan selepas itu baca surah Al-ikhlas sebanyak 11 kali


Rakaat kedua baca Al-fatihah selepas itu baca surah Al-ikhlas 11 kali juga 


Selepas memberi salam lakukan lagi dua rakaat iaitu untuk rakaat ketiga dan keempat. Baca Al-Fatihah dan surah Al-ikhlas 11 kali 



Ini merupakan doa yang diamalkan oleh para ulama ketika hari Asyura :

Doa Hari Asyura ini hendaklah didahului dengan bacaan ‘Kalimat Hasbiyallah’:

Sayyid Muhammad Qautsullah berkata dalam kitabnya Al-Jawahir“Sesiapa yang membaca‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’  (Cukuplah Dikau tempatku berpegang. Dikau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku meminta pertolongan)  sebanyak 70 X pada hari Asyura kemudian membaca doa berikut,  maka Allah tidak dimatikannya pada tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah  ia diberi taufiq  membacanya.”.

Doa Asyura



والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment