Pages

Wednesday, 23 October 2013

SPR SAHKAN PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU #PrkSgLimau


Yan, Kedah - Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau N20, Abd Rashid Othman mengumumkan Calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat sah bertanding di Pusat Penamaan Calon Dewan Datuk Madi, Yan, hari ini. 

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat. 

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Abdul Rashid Othman di pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi di sini, pagi tadi.

Proses penamaan calon berjalan lancar dengan penyokong kedua-dua belah parti bertanding mengiringi calon masing-masing dalam keadaan terkawal.

Walaupun ada beberapa insiden provokasi namun pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dengan baik.

Dengan pengumuman itu, calon-calon yang bertanding memulakan kempen mereka hari ini sehingga ke hari pengundian nanti iaitu pada 4 November 2013.

KENALI CALON ANDA

No comments:

Post a Comment