Pages

Friday, 25 October 2013

POLIS MASIH LAGI MEMBURU PENGAWAL KESELAMATAN YANG ROMPAK DAN BUNUH PEGAWAI AMBANK.


KUALA LUMPUR 24 Okt. - Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.

Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang. 
BERNAMA

PDRM SAHKAN SUSPEK BELUM LAGI DITANGKAP http://instagram.com/p/f2sdxWTVHU/

Polis memburu seorang pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pengurus operasi sebuah bank pada Rabu, yang masih bebas dengan memiliki senjata api, 'pump gun'.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dan menjejaki suspek.

Gambar suspek yang diambil daripada skrin rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah pun disebarkan oleh pihak media.

Khabar angin turut mengatakan suspek telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah di Twitter pada pukul 11 pagi, bagaimanapun pihak polis mengesahkan berita berkenaan adalah palsu.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

No comments:

Post a Comment