Pages

Wednesday, 4 September 2013

PENGARAH FILEM TANDA PUTERA TERIMA UGUTAN BUNUH !!!

Shuhaimi Baba luah isi hati, kongsi dugaan hasilkan Tanda Putera termasuk dakwaan karya berasas fiksyen, banyak kesilapan teknikal.


Pada mulanya, Datin Paduka Shuhaimi Baba menggarap Tanda Putera sebagai produk dokumentari. Namun, selepas beberapa rakan seperjuangan meminta dia berfikir panjang kerana karya itu layak diangkat ke layar perak, orang kuat Pesona Pictures itu mula menimbang idea berkenaan.

Malah, galakan seorang Menteri yang tahu kajian dan pengumpulan bahan mengenai persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail giat dilakukan, menguatkan lagi semangat Shuhaimi atau Shumi biarpun dia akur cabaran besar menanti di depan mata. 

Bukan sedikit keringat, usaha dan wang ringgit dicurahkan sejak 2010 lalu membuatkan individu di sebalik Tanda Putera ini terkilan apabila ada pihak mengheret karyanya ke kancah kontroversi. Lebih menakutkan, Shuhaimi mendapat ancaman bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Berita Harian, Shuhaimi mendakwa ugutan itu adalah sebahagian daripada dugaan yang dihadapinya dalam usaha memastikan filem itu ditayangkan di pawagam.

"Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh.

"Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.

"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?" kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.

"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera," katanya.

Tanda Putera yang tinggal dua hari sahaja lagi bagi tayangan wajib menelan belanja produksi sebanyak RM5 juta.

Setakat ini ia mencatatkan kutipan sebanyak RM500,000 dan ketinggalan di belakang filem komedi KL Zombi yang sudah mengutip RM3 juta.

No comments:

Post a Comment