Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 dibuka di seluruh negara 8 pagi ini.
Proses penamaan bagi semua jawatan termasuk tiga sayap di peringkat pusat diadakan di ibu pejabat Umno di sini manakala peringkat bahagian termasuk tiga sayap di pejabat badan perhubungan Umno negeri masing-masing.
Proses itu tamat 5 petang ini.
Ini merupakan kali pertama Umno mengadakan pemilihan dengan kaedah baharu yang lebih telus dan demokratik ekoran pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Setelah proses penamaan itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan.
Proses pemilihan baharu itu turut memudahkan syarat bertanding dengan hanya perlu menjadi anggota Umno selama tiga tahun dan anggota jawatankuasa bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) selama sepenggal untuk bertanding jawatan MT.
Bagi pertandingan di peringkat bahagian, mereka hanya perlu menjadi anggota Umno sekurang-kurangnya tiga tahun.
Ini berbeza dengan syarat kuota tertentu yang diperlukan sebelum seseorang boleh bertanding jawatan MT sebelum ini.
Proses pengundian baharu pula memberi kuasa kepada lebih ramai anggota iaitu 146,500 anggota perwakilan dari 191 bahagian yang bertujuan antaranya menghapuskan gejala politik wang.
Pengundian ketiga-tiga sayap peringkat bahagian dan pusat akan diadakan 12 Oktober manakala pengundian peringkat bahagian dan MT pada 19 Oktober.
Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan di sini dari 2 hingga 7 Disember.

Tapi lain jadinya apabila ada juga calon yang kalah tiba-tiba beriya-iya menawarkan diri bertanding.
Dalam mendepani cabaran mendatang,,, kali ini atau untuk kesekian kali yang cukup penting ini, kebijaksanaan akal fikiran para perwakilan dituntut untuk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa, berwawasan dan tidak mewakili kelompok pimpinan tertentu supaya kepimpinan parti tidak dijadikan bahan tawa oleh ramai orang termasuklah dari parti lawan apabila kita terpaksa membawa masuk orang lama untuk meremajakan parti.
Para Perwakilan Umno mesti pandai menilai pemimpin mereka dan ini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka memilih pemimpin yang boleh meneruskan perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan tanah air. Pemimpin yang hendak dipilih ini mesti mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan kedudukan.

Andainya 146,500 orang ahli dari seluruh Negara meletakkan maruah semangat pemiilahn MT kali ini atas mengenang budi kawan, mengenang jasa kawan ataupun membalas budi kawan kerana pernah diberikan imbuhan tertentu, yakinlah UMNO parti keramat orang Melayu ini sedang berada di hujung nyawa dan sekaligus gagal menyakini orang-orang muda bahawa UMNO sebenarnya bukan sebuah parti yang mahu berubah tetapi lebih kepada memperjuangkan maruah diri sendiri dan bukannya memperjuangkan maruah parti secara consensus untuk kepentingan perjuangan parti jangka panjang.
No comments:
Post a Comment