Pages

Friday, 20 September 2013

IKTIBAR BUAT ANAKKU !!!


Alkisah buluh muda dengan balak

Di musim panas, langit bertukar mendung. Musim mula bertukar dan angin semakin kencang.

Semasa angin kencang bertiup, pokok balak berdiri megah, manakala pokok buluh muda membengkok.

“HAHAHAHAHA… anta ini lembik, sikit angin dah bengkok sebegitu,” sindir balak pada pokok buluh muda.

Musim tengkujuh, angin taufan bertiup paling kencang.

Balak akhirnya tertewas dan tumbang bersama akarnya dan jatuh pengsan. Pokok buluh muda pula bertahan walaupun badannya membengkok sehingga 90 darjah.

Setelah angin berhenti, pada keesokkan harinya, ribut taufan berhenti, matahari kembali menceriakan suasana. Balak tersedar dari pengsan melihat keadaan sekeliling.

Terkejut balak melihat buluh berdiri tegak dan dia terlantar di atas tanah hutan.

“Ana tinggi dan kuat, tapi anta kecil dan kurus, bagaimana angin itu boleh mencabut akar ana tapi tidak berbuat apa pada anta?” tanya balak.

Buluh muda tersenyum dan menjawab, “Angin akan bertiup dan ia tidak dapat dihentikan… melainkan kuasa Allah. Mereka yang terlampau bangga dan degil tidak akan dapat menahan serangan angin. Mereka yang rendah diri dan boleh melentur akan terus berdiri setelah ribut berlalu.”

“Ah, alangkah sedapnya cuaca hari ini. Cuaca sudah berubah,” tambah buluh muda lagi.

Wahai anakku,

Bila angin bertiup kencang dalam kehidupanmu, engkau jadilah seperti buluh muda dan bukannya balak. Nescaya kamu akan dapat mengharungi segalanya dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment