Pages

Thursday, 5 September 2013

HARGA MINYAK NAIK : TERIMA HAKIKAT, BELAJAR BERJIMAT DAN KURANGKAN SUBSIDI !!!


Sampai ke hari ini kesan kemarahan rakyat terhadap Rasionalisasi Subsidi minyak masih terasa.

Di pejabat, kedai kopi dan merata tempat topik ini menjadi perbualan paling popular. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya juga merasakan sentimen yang sama. Amat hipokrit jika saya mengatakan bahawa pengurangan subsidi ini tidak membebankan pengguna.

Di media sosial, banyak pihak yang menjadikan isu ini sebagai bahan cemuhan kepada kerajaan. Ramai juga yang berkongsi tips menjimatkan minyak yang mengarut. Kali ini saya ingin berkongsi tips yang telah terbukti dapat menjimatkan minyak kenderaan anda.


Tips Cara Jimat Minyak Yang Berkesan
Seperti yang kita tahu, zaman sekarang semakin moden. Dah ramai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pejabat atau pun kemana-mana. Tapi sedarkah kita kos perbelanjaan untuk menampung kenderaan kita iaitu minyak adalah tinggi? Itu belum masuk lagi dengan maintenance.

Jadi, disini Dr Fuh kongsikan tips bagaimana cara untuk jimatkan minyak kenderaan. Tips ini amat berguna disamping dapat meningkatkan keselamatan pemandu kenderaan semasa memandu. Sama-sama kita kongsikan.

TIPS 1
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

TIPS 2
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.

TIPS 3
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan 
minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, 
tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

TIPS 4
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.

TIPS 5
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..

TIPS 6
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear
rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

TIPS 7
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan
secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

TIPS 8
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimum kan sebaik mungkin satu perjalanan degan pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi..minyak pun save…

TIPS 9
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.

TIPS 10
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

TIPS 11
Tak Perlu merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit…

TIPS 12
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

TIPS 13
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalau KL biasanya pergi awal kerja sebelum jalan utama sibuk. Sebab bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalau bole guna kereta manual.. bagi mereka yang nak jimatlah..kalau auto ni memangg makan minyak daripada manual.

TIPS 14
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual – selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kena tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

TIPS 15
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

No comments:

Post a Comment