Pages

Tuesday, 17 September 2013

CHIN PENG WAFAT ??? WARASKAH HISHAMUDDIN RAIS ???

"Chin Peng WAFAT pada 16 September adalah juga rancangan ALLAH." Begitulah apa yang ditulis oleh  Hishamuddin Rais aktivis perosak keamanan Malaysia mengeluarkan kenyataan di twitter beliau.


Siapa Hishamuddin Rais?

Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. 

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang. Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar.

Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti. Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini.

Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda. Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad.


No comments:

Post a Comment