Pages

Saturday, 31 August 2013

TV ISMA TERBIT VIDEO KEMERDEKAAN.

BANGI, 30 Ogos – Biro Media Ikatan Muslimin Malaysia menerusi TV ISMA telah menerbitkan sebuah video kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-56.
Video ini bertajuk “Merdeka 56 tahun: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”.
Video laporan khas yang berkonsepkan majalah itu memetik kenyataan pimpinan ISMA yang berkisar soal teras kenegaraan seperti kontrak sosial dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang telah disepakati untuk mencapai kemerdekaan.
Video ini membidas sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan pelbagai tuntutan yang bercanggah dengan perlembagaan seperti SUARAM yang menuntut polisi UiTM yang hanya untuk Melayu dan bumiputera dikaji semula.
Ia juga menyentuh isu-isu panas lain seperti kalimah Allah, tuntutan pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong dan hak keistimewaan Melayu.
Menurut penerbit video, Dr Kamil Azmi Tohiran isu-isu tersebut diketengahkan sebagai isyarat kepada pihak tertentu agar menghormati perlembagaan terutamanya isu berkaitan Islam dan Melayu.
Video itu juga mendedahkan 4 ancaman yang sedang dihadapi oleh negara iaitu ideologi liberalisme, chauvinisme, kristianisasi dan fahaman sesat Syiah.
Pembangunan jati diri umat Melayu perlu menjadi keutamaan di samping usaha berterusan dalam membanteras ancaman-ancaman tersebut.
Wartawan ISMA, Mohd Firdaus Salleh Hudin yang menerajui video ini telah membuat penggambaran di beberapa lokasi utama di ibu negara seperti Tugu Negara, Dataran Merdeka dan bangunan KLCC.
Malam ini Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56 dengan tema “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”.


AIDC News

No comments:

Post a Comment