Pages

Monday, 26 August 2013

PEMANDU TEKSI : HATI-HATI MENGAMBIL PENUMBANG.


Berpura-pura sebagai penumpang adalah taktik terbaru yang digunakan sekumpulan samun remaja sekali gus menjadikan pemandu teksi untuk mendapatkan wang dan teksi sebagai sasaran mereka.

Modus operandi mereka dengan menahan teksi untuk pergi ke tempat tertentu. Sebaik sahaja memasuki kereta, pemandu diugut supaya menyerahkan wang serta barangan berharga sebelum ditinggalkan dan melarikan teksi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Zakaria Pagan berkata, modus operandi digunakan sangat licik. Penjenayah berpura-pura sebagai penumpang sebelum bertindak menyamun. Mereka menggunakan alat seperti pisau untuk mengugut pemandu, sebelum melarikan teksi tersebut.

“Sebaik mendapat wang daripada mangsa, mereka akan meninggalkan mangsa di tepi jalan,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan remaja itu tidak melakukan sebarang kes kecederaan pada mangsa atau jenayah pembunuhan. Katanya, hanya menyamun dan melarikan kereta itu di kawasan Gombak.

“Kita siasat terdapat enam teksi ditempatkan di kawasan sama. Kesemuanya dilaporkan hilang dan dilarikan dari kawasan Setapak dan Batu Caves."

Menurut Zakaria, teksi tersebut dijumpai di parkir kereta bangunan rumah kedai berhampiran dengan bengkel kereta.

“Semasa tangkapan, kami melihat mereka cuba meleraikan komponen sebuah teksi di Jalan Air Panas, Setapak. Malah, ada beberapa teksi alat gantinya sudah hilang ketika ditemui di Batu Caves, Gombak."

"Kami percaya mereka ceraikan dan jadikannya sebagai alat ganti. Mereka akan menjualnya dengan harga murah kepada pembekal alat ganti kereta terutamanya di bengkel-bengkel kereta berdekatan.

“Kita menganggap perlakuan ini sebagai kes curi dan disiasat di bawah Seksyen bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.Menurut

Zakaria, maklumat dari Pejabat Polis Sentul merekodkan kes samun dan curi yang berkaitan sebanyak dua kes 2012. Manakala, satu kes pada Januari hingga Julai tahun ini.

Hasil siasatan dan risikan polis mendapati, ada tiga kumpulan culik dan samun yang berlainan dan bergerak aktif sejak awal tahun ini tetapi tidak membabitkan kes kecurian teksi.

Beliau menambah, polis berjaya menahan enam remaja yang terlibat dalam kes curi teksi itu. Mereka dipercayai remaja berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun. Kesemua mereka tidak bersekolah dan tinggal di kawasan rumah kos rendah Air Panas.

"Kita menasihatkan supaya pemandu teksi lebih berhati-hati ketika menerima penumpang,” katanya.

Katanya, polis sangat memandang berat kejadian ini akan menyebabkan mangsa kerugian selain memberikan gambaran negatif kepada remaja. Polis berharap pemilik atau syarikat teksi supaya lebih berhati-hati di samping meneliti perwatakan penumpang yang dibawa.

Zakaria juga menasihatkan supaya orang awam dan pemandu teksi tidak perlu cemas tentang kes samun kerana ia dilakukan oleh segelintir remaja.Polis menahan enam remaja lelaki yang sedang meleraikan komponen dalaman sebuah teksi yang dipercayai dicuri di Batu Caves.

Ketika kejadian pada pukul 5 pagi itu, polis sedang melakukan rondaan di kawasan perumahan Desa Rejang, Setapak Jaya telah ternampak sebuah teksi dalam keadaan mencurigakan.

Di dalam teksi berkenaan terdapat suspek berumur lingkungan 14 hingga 16 tahun sedang meleraikan bahagian komponen teksi dipercayai untuk dijual.

Hasil siasatan awal, polis mendapati teksi itu telah dicuri di sekitar Batu Caves. Suspek memandu teksi itu hingga ke Desa Rejang untuk dileraikan.

Pintu teksi telah diumpil dan suspek memandu teksi berkenaan menggunakan kunci yang dijumpai dalam kenderaan tersebut.

Seorang suspek yang ditahan berumur 15 tahun dan masih bersekolah, manakala lima lagi tidak bersekolah dan dipercayai bukan kali pertama mereka melakukan kegiatan itu.

Pemilik teksi menyedari teksinya hilang ketika hendak pergi kerja dan segera membuat laporan polis.

Polis mendapatkan perintah tahan reman ke atas kesemua suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

SH

No comments:

Post a Comment