Pages

Monday, 5 August 2013

ADIK AISYAH YANG HILANG DI JUSCO RAWANG TELAH DIJUMPAI !!! (VIDEO INSIDE)

Mangsa culik, Wan Aisyah Wan Exzam, 3 yang dikatakan hilang pada 3 Ogos lalu telah ditemui.
Maklumat tersebut berdasarkan daripada gambar seorang anggota polis wanita yang sedang mendukung Aisyah.
Aisyah dikatakan ditemui di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Semoga Aisyah selamat ke pangkuan ibunya dan meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang dengan penuh kegembiraan.
Syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta rakyat Malaysia yang sentiasa berusaha mencari dan berdoa untuk Aisyah.
mynewshub
________________________________________________________
Foto
ANGGOTA polis menidurkan Wan Aisyah di Balai Polis Sungai Nibong. FOTO Bernama
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang selepas disyaki dilarikan teman lelaki ibunya ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pagi tadi.

Mangsa, Wan Aisyah Wan Exzam diserahkan kepada polis oleh ibu kepada teman lelaki ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi di Balai Polis Sungai Nibong.
Sumber berkata, berdasarkan siasatan suspek berusia 44 tahun dikatakan membawa pulang mangsa pada jam 5 pagi di rumahnya di Taman Teluk Kumbar dan suspek meminta ibunya menyerahkan mangsa ke balai polis berdekatan.

Menurutnya, suspek dikatakan menghilangkan diri selepas meninggalkan mangsa bersama ibunya sejurus tiba dirumahnya

"Mangsa kini berada di Balai Polis Sungai Nibong untuk menanti kedatangan ibu mangsa untuk mengambil anaknya dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian yang sebenar

"Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment