Pages

Saturday, 20 July 2013

TAHNIAH KEPADA OSTAZAH MEE SEGERA PAS !!! HARAP LEPAS NI TIDAK MEROYAN LAGI.


Tahniah kepada bekas pelakon/penyanyi dan Ostazah Mee Segera PAS, Abby Abadi yg dikhabarkan baru sahaja menamatkan zaman janda, setelah berpisah dengan Norman Haqim, juga seorang Artis. 

Tak perlu kita ulas panjang2 berkaitan perkahwinannya, malah kita doakan semoga beliau dan suami akan berbahgia sehingga ke syurga. 

Juga pesanan dan nasihat untuk Ostazah Mee Segera PAS ini, jika sayangkan suami dan juga keluarga, cukup-cukuplah membuat kenyataan yangg sensasi, terutama berkaitan politik. Elok juga tidak mencemuh pemimpin atau isteri pemimpin, kerana dosa mencemuh dan fitnah itu akan pergi ke bahu suami anda. Cukup2lah... Anda telah mendapat suami.


SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.


Abby atau nama sebenarnya,  Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.


“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi. 
Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.


“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.


"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.
Sinar Harian

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Abbynikahselepaskenal2minggu/Article/?bh



Abby Abadi bela Alvin dan Vivian


Kenyataan yang dibuat oleh Abby Abadi itu umpamanya seperti mempertahankan perilaku biadap yang dibuat pasangan berbangsa Cina ini. Sudahlah seperti mempertahankan Alvin dan Vivian, disalahkan pula orang Islam yang lain. Memang ‘ustazah’ kontroversi ini tidak menyatakan siapa ‘mereka’ itu, tetapi ia jelas menunjukkan orang Islam.

Kalau dibaca kenyataan Abby Abadi, tidak ada salahnya. Memang umat Islam tidak patut melatah apabila Islam telah dihina dan diperlekehkan kerana ada caranya menangani penghinaan yang dibuat oleh penganut agama lain.

Tetapi, Abby Abadi harus sedar yang kita berada di Malaysia yang punyai undang-undang yang perlu diikuti memandangkan kita hidup berbilang bangsa, kaum dan agama. Memang undang-undang Allah S.W.T itu lebih hebat berbanding yang dibuat oleh manusia. Tetapi, sekiranya tidak ada undang-undang yang diwujudkan di sesebuah negara, keharmonian agama, bangsa, kaum hatta kehidupan manusia tidak akan aman. Maka, akan berlakulah kekacauan dan pergaduhan seperti negara bukan Islam yang ada.

Ostazah Mee Segera PAS ini tidak sedar sebenarnya, dengan membenarkan manusia seperti Alvin dan Vivian menghina sekali agama Islam, tidak mustahil ia akan diulang lagi lagi. Mungkin juga nanti akan muncul pula individu dari agama lain yang akan mengikut jejak seperti pasangan ini.

Bukanlah bermakna ‘ustazah’ kontroversi ini perlu memaki-hamun pasangan ini apatah lagi memukul sebagai cara mengatasi isu ini. Cukup dengan kesedaran beliau sebagai umat Islam mempertahankan kesucian Islam seperti tidak menyokong kebiadapan Alvin dan Vivian, bukannya memandang rendah umat Islam yang mencuba pertahankan kesucian Islam.

No comments:

Post a Comment