Pages

Monday, 15 July 2013

PAS HARUS AMBIL IKTIBAR EPISOD PENGGULINGAN MORSI DI MESIR !!!


Pergolakan yang berlaku di Mesir hari ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak khususnya parti politik pembangkang yang memperlihatkan pendirian mereka bersetuju dengan siri-siri demonstrasi yang bertujuan menjatuhkan pemerintah, demikian menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long.

Menurut beliau, parti pembangkang, khususnya PAS dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang dianggap sebagai zalim dengan menggunakan pendekatan secara demonstrasi,  ia tidak akan mengubah apa-apa kecuali bakal mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada negara.

“Sebab itu, ijmak ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengharamkan sebarang corak kebangkitan rakyat bagi menentang pemerintah, selagi pemerintah itu tidak menghalang rakyat untuk beribadah dan melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

“PAS seharusnya sedar dan tahu, bahawa tidak ada demostrasi yang digelar demostrasi aman kerana sifat demostrasi itu sendiri lebih kepada sifat memberontak dan berpotensi besar untuk menjadi ancaman kepada keselamatan negara,” tegas beliau kepada UMNO-Online.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku di Mesir merupakan satu contoh utama yang boleh dijadikan tauladan di negara ini di mana hari ini Presiden Morsi telah digulingkan oleh rakyat sepertimana yang berlaku kepada Presiden Hosni Mubarak sebelum ini.

“Inilah natijahnya apabila kita mengajar rakyat untuk memilih pemimpin secara demostrasi sebegini. Siapa pun yang naik menjadi presiden selepas ini, sukar untuk mengembalikan semula keamanan seperti sebelum ini. Jika dilihat daripada apa yang dilakukan oleh Morsi, tidak ada sebarang pelanggaran dari sudut syariat Islam yang dilakukan oleh beliau.

“Namun beliau akhirnya turut dijatuhkan oleh rakyat dengan kaedah demonstrasi jalanan hanya disebabkan rasa tidak puas hati dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya di mana soal sosial, ekonomi  memerlukan masa yang panjang untuk ditambah baik di sesebuah negara,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan PAS supaya tidak menggalakkan ahli dan menyokong sebarang demostrasi jalanan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara bagi menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.

“Kita jangan ikut syiah yang menghalalkan demonstrasi seperti itu. Ulama ahli sunnah bersepakat perkara ini haram. PAS harus melihat ini sebagai isu utama yang perlu diberikan perhatian kerana ia mendatangkan mudarat yang lebih besar.

“Inilah juga yang berlaku di Sudan. Selepas berbelas-belas presiden naik dan kemudiannya jatuh digulingkan, Sudan masih tetap kekal mundur dengan konflik sesama Islam yang tidak sudah-sudah. Apakah PAS mahu perkara yang berlaku di Mesir dan Sudan turut berlaku di negara ini?

“ Jika jawapannya tidak, maka janganlah kita bersekongkol dan bersubahat bagi mewujudkan bibit-bibit pemberontakkan yang akhirnya tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan bahkan akan mendatangkan mudarat yang lebih dahsat pada rakyat di negara ini kelak,” akhiri beliau.

Sementara itu, beliau turut meminta agar kerajaan di negara ini tidak berlembut dengan sebarang ancaman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk menghuru harakan negara melalui demostrasi jalanan seperti yang berlaku di negara sebelum ini.

“Morsi jatuh digulingkan rakyat akibat terlalu berlembut dengan pemberontak. Ini harus kita ambil iktibar. Kita bukan mahu kerajaan bertindak zalim tetapi tegas. Jika tidak ada sebarang tindakan tegas, ada kemungkinan konflik dan krisis politik di negara ini akan berakhir seperti mana yang berlaku di Mesir dan Sudan,” akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment