Pages

Tuesday, 23 July 2013

HOT NEWS!!! OSTAZAH ABBY MENGAKU KAHWIN DI SIAM... TAPI KENAPA YA ???



PELAKON Abby Abadi 36 tahun yang juga digelar Ostazah Mee Segera PAS oleh sesetengah pihak, mengakui bernikah di Selatan Thailand dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda.

“Ya, saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah."

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah, maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik, yang penting saya dapat elak dosa,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Abby, 36, dan jejaka kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu dilaporkan bernikah sehari sebelum Ramadan iaitu pada 9 Julai lalu.

Perkenalan singkat mereka yang bertemu di pasar raya akhirnya berjaya menyatukan dua hati ini dan kini Farhan dikatakan menjadi pekerja di butik Abby yang terletak di Taman Melawati.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur dan di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Abby dan Farhan, semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Baca seterusnya...

Jabatan Agama Lepaskan Abby & Suami Tanpa Dakwaan ?Baca selanjutnya...

No comments:

Post a Comment