Pages

Monday, 1 July 2013

DAP SARANKAN PAS TERIMA LIBERAL & SOSIALIS !!!

Untuk kekal relevan sebagai parti politik dalam Pakatan Rakyat, maka PAS perlu menerima konsep liberal dan sosialis yang didokong oleh parti-parti sekutunya yang lain.

Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen DAP, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi berkata PAS perlu menerima kepelbagaian itu kerana elemen liberal dan sosialis pernah dibawa oleh bekas Presiden PAS, Burhanuddin Al-Helmy.
“Saya rasa tidak ada parti politik yang tetap bentuknya, kesemua parti tidak kira PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses untuk ‘menjadi’.
“Contohnya mungkin DAP lebih sosialistik berbanding PKR. PAS pula misalnya menunjukkan sifat sosialistik melalui tokoh bernama Burhanuddin Al-Helmy yang berhujah dengan retorik sosialis. Ini salah satu dari kepelbagaian,” ujarnya dalam forum anjuran Free Public Forum (FPF) bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 26 jun lepas.
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi yang juga panel penulis kontroversi Institut Kajian Dasar (IKD) berkata demikian dalam forum bertajuk, “Islam, Sosialis, Liberal dan PAS di mana?.”

Al-Mustaqeem mencadangkan kepada Pas agar mengalihkan paradigma dari perjuangan tradionalis kepada modenis untuk kekal relevan dalam arus politik pada masa hadapan.
“Ke mana dan di mana Pas, pada saya mereka akan terus bertahan lama dengan lebih menumpukan pada perkara ‘fundamental’ contohnya soal hak rakyat."
“Tapi ianya terpulang kepada mereka untuk kekal pada fahaman tradisional atau bergerak ke depan,” ujarnya dilaporkan organ DAP, http://roketkini.com/2013/06/27/dap-hargai-sumbangan-besar-pas-dalam-arus-oposisi-negara/
Baru-baru ini Pas menyokong kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak kemasukan Parti Sosialis Malaysia (PR) sebagai rakan kompenan Pakatan.
PSM ditolak kerana didakwa membawa agenda ‘sosialis’ yang dikaitkan dengan komunis, namun Anwar sebagai Ketua Pakatan membuka ruang untuk PSM menyertai kompenan pembangkang itu setelah didesak oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

No comments:

Post a Comment