Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan polis di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang semalam berhubung ucapannya di Kelantan baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan pemimpin parti itu ditahan pada pukul 3.40 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Sebaik sahaja ditahan, Husam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk siasatan lanjut.
Menurut Hadi Ho, penahanan Husam itu dibuat berkaitan satu laporan polis yang dibuat di Kelantan pada 12 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment