Pages

Tuesday, 25 June 2013

HUSAM MUSA DIBEBASKAN.



Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang semalam. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam direman selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara.

No comments:

Post a Comment