Pages

Saturday, 25 May 2013

SELAMAT BERSARA TGNA !!!


"Dalam politik tak ada yang lurus, bagaimana luruspun dia, satu masa akan bengkok juga. Nak lurus terus sebagai ulama jangan babit diri dalam politik. Politik ni kotor..." 
- TGNA (1993)

Sesiapa yg dekat dgan TGNA tolong tanyakan suruh dia jawab dengan jujur, benarkah dia pernah berkata begini?
---------------------------------------------------------------------


Hebat dia merancang, hebat lagi rancangan Allah. TGNA pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan bersara dan selagi hayat dikandung badan, beliaulah akan menjadi MB Kelantan.

Walaupun menang pada PRU lalu, ternyata khidmatnya sudah tidak dipandang lagi oleh sultan sungguh pun nafsunya masih membara menerajui jawatan MB Kelantan.

Faktor kesihatan bukanlah penyebab TGNA berundur, hakikatnya sultan Kelantan tidak lagi berkenan jika terus bermenteri besarkan seorang yang memecah belahkan umat Islam. 

Bagi melindungi malu kerana ditolak oleh sultan, maka TGNA sekali lagi mencipta alasan bahawa dia tidak sihat. Di situlah letaknya taraf TGNA sebagai seorang yang suka memutar belitkan kata. 

Baru sekarang beliau tahu yang dirinya tak berapa sihat walaupun sering keluar masuk hospital. Dan baru sekarang beliau tahu yang dirinya dah tua hingga menghampiri nyanyuk. 

Ingin diulangi di sini, perjumpaannya dengan sultan untuk mengangkat sumpah sebagai MB telah ditolak mentah-mentah. Sultan inginkan perubahan dalam politik dan pemimpin di Kelantan.

TGNA mengumumkan persaraan dalam politik. Saya panjatkan kesyukuran, kerana saya sempat menghormatinya sebagai seorang ulama, bukan lagi memandangnya sebagai seorang ahli politik. Kalau berkesempatan saya ingin berjumpa TGNA memohon ampun dan maaf, ada ketika semasa beliau bergiat dalam politik saya terpaksa menempelak pendapat beliau, adakalanya mungkin keterlaluan. Tetapi tiada yang personal... semua itu politik!!!

Di hujung karier politiknya baru saya tahu ada pengaruh luaran yang banyak mempengaruhi keputusan TGNA. Ada maklumat yg tidak betul atau kurang tepat sampai kepadanya ekoran masalah kesihatan yang membuatkan TGNA tidak dapat menyertai mesyuarat2 kepimpinan PAS Pusat yg selalunya diadakan di Kuala Lumpur.

Selamat bersara saya ucapkan kepada TGNA (selama dia dalam politik saya cuma panggilnya NIK AZIZ)... Ampun & maaf atas semua khilaf & kebiadapan saya. Semoga dapat terus memperjuangkan Islam dengan khudrat & iradat yg tersisa. 

Keputusan PRU13 buatkan kita tergigit oleh satu realiti yg amat sukar dilupakan. Kita baru terhantuk oleh penyatuan 'mereka' saat kita berpecah dek kesumat kuasa. 


Semoga mimpi penyatuan umah PAS+UMNO dibantu oleh TGNA bila tiada lagi 'bisik syaitan' dari ketua kem Erdogan PAS menyapa telinganya

~Wassalam!

TGNA bayangkan lepas jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan namun beliau menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan. 

Beliau berkata, kebiasaannya jawatan tersebut akan disandang oleh Menteri Besar bagi memudahkan proses pentabdiran negeri dan pengurusan parti. 

"Oleh kerana Pesuruhjaya Pas Kelantan masih saya pegang dan belum diubah maka hari ini saya hadir mempengerusikan mesyuarat perhubungan Pas Kelantan, boleh jadi yang terakhir walaupun saya boleh wakilkan kepada Menteri Besar baru tetapi saya nak tengok juga kawan lama dan baru kita yang berjaya. "

"Pesuruhjaya tidak boleh orang lain daripada Menteri Besar, ia boleh menimbulkan masalah, Pas Pusat perlu lantik (pesuruhjaya baru).

"Jadi selagi dia (Pas Pusat) tidak lantik orang baru, saya pegang. Tidak boleh Menteri Besar orang lain, pesuruhjaya orang lain, Menteri Besar mesti pesuruhjaya," katanya.

No comments:

Post a Comment