Pages

Wednesday, 15 May 2013

MESTI BACA - UPACARA ANGKAT SUMPAH MB SELANGOR ADA KEJUTAN BARU !!!



UPACARA mengangkat sumpah perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor semalam mencatat sejarah tersendiri bila Khalid terpaksa memegang tombak Sang Buana yang melambangkan kekuasaan Sultan Selangor sambil membacakan 10 Aku Janji yang disediakan khas oleh pihak Istana. 

Belum pernah dalam sejarah negara ini atau Selangor sendiri dimana keadaan tersebut berlaku. 

Antara lain, Aku Janji itu mengkehendaki Khalid berjanji untuk memelihara kesucian Islam, memeliharan kedaulatan raja, mematuhi arahan dan ketetapan Istana, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu an sebagainya. 

Kalau kita ikut satu-satu Aku Janji yang disediakan oleh Sultan Selangor itu, tidak ada apa yang baru kerana semua perkara tersebut memang termaktub dibawah Undang-undang Tubuh negeri dan perlembagaan persekutuan, tapi bila Yang Teramat Mulia Tuanku mahu Khalid berjanji satu persatu dengan disaksikan lambang kekuasan baginda, nampak sangat kerajaan Pakatan di Selangor ini memang tidak boleh diharap untuk melaksanakan semua perkara tersebut. 

Tempoh 5 tahun sejak mula berkuasa pada 2008, dijadikan panduan oleh DYMM Tuanku untuk lebih berhati-hati kali ini. 

Sememangnya kalau dilihat semula, banyak tindakan Khalid dan kerajaan Selangor di bawah kepimpinannya sebelum ini yang tidak selari dengan undang-undang tubuh negeri.


Sumber : House PK

No comments:

Post a Comment