Pages

Sunday, 26 May 2013

DAP TETAP AKAN "DIBOGELKAN" !!!



Si Karpal Whilchar tu ingat dia siapa nak ugut - ugut orang tak tentu arah? Dia ingat dia besar sangat ke? Dia ingat dia bagus nak halang orang dari mendedahkan Kebenaran?

Hasrat Si Karpal dan puak - puak DAPigs tu nak menutup mulut Tunku Aziz dari mendedahkan Kebenaran tidak mendatangkan sebarang hasil. Kebenaran tetap juga akan diperjuangkan!!!
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.

“Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’DAP berkobar-kobar,” katanya.

No comments:

Post a Comment