Pages

Thursday, 9 May 2013

ANALISA #PRU13 . #LAINKALILAH !!!



Beberapa perkara menarik telah terjadi di sebalik perkara terburuk dialami parti Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.

Biarkan saya huraikan satu persatu :

1. BN kalah teruk walau banyak beri kebaikan dan menunaikan permintaan kaum Cina.
2. Umno menang besar di kerusi orang Melayu, meningkat berbanding dahulu.
3. India kembali bersama BN dan menjadi antara faktor penyelamat dari 'tsunami Cina' kali ini.
4. Sabah Sarawak yang digemburkan mengubah landskap politik rupanya masih setia bersama BN. 
5. MB Kedah kini dipegang BN
6. Kelantan juga mendapat MB baru walau bukan dari BN dan sekaligus Husam juga telah digugurkan dari senarai Exco pilihan yang dapat perkenan Sultan.
7. Tokoh besar dalam PAS ramai yang kalah walau setia dengan Pakatan Pembangkang dikuasai DAP kerana ditolak pengundi Melayu Islam.
8. Anwar Ibrahim gagal mengotakan janji apabila tidak bersedia hijrah ke luar negara jika kalah PRU13, bukti perkataan beliau tidak boleh dipercaya.
9. Provokasi mencabar keputusan SPR sudah dimulakan dan peliknya mereka meminta bantuan Amerika.
10. Yang ganjil ialah ramai pemimpin besar PKR DAP menang besar walau PAS mengalami kekalahan yang luar jangka.


Mari kita fikir adakah lebih untuk PAS terus bersatu dalam Pakatan ??? Sebelum ini banyak kali kita laungkan bahawa PAS akan makin rugi bukan untung bila bersama Pakatan PKR DAP.


Cadangan :

PAS perlu keluar segera dari pakatan.

PAS perlu memperjuangkang kembali isu Negara Islam dan Hudud agar ia akan kembali menarik perhatian pengundi Islam.

Jika PAS UMNO boleh bersatu maka ia lebih baik untuk masa depan Malaysia keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment