Memetik berita yang dikeluarkan oleh Astro Awani tentang pandangan seorang panganalisis politik, Dr Fuad Othman bahawa UMNO dan PAS harus duduk berbincang mencari satu titik persamaan. Perbincangan tersebut seharusnya menjurus kepada masa depan umat Islam dan Melayu di negara ini.
Setelah apa yang ditempuhi oleh orang Melayu selepas keputusan PRU13, banyak suara-suara yang menyarankan agar diadakan satu pertemuan ikhlas antara UMNO dan PAS. Suara-suara berkenaan datang dari pelbagai pihak terutamanya para penganalisis politik yang tidak mahu Melayu diinjak-injak oleh bangsa asing khususnya Cina.
Tetapi segala pandangan dan cadangan bolehlah dianggap sebagai mimpi saja. Laksana ingin memetik bintang yang tinggi, tangan hangus disambar petir.

Kenapa mimpi?
Sebabnya, selagi PAS dikuasai oleh manusia seperti Nik Aziz, jangan haraplah ingin melihat perpaduan Melayu. Nik Aziz yang didakwa oleh pengikutnya sebagai ulama tersohor, tapi perangai dan tingkah laku langsung tidak mencerminkan yang beliau layak menerima gelaran itu.
Beliau dengan sombong dan bongkak akan meludah ke atas muka sesiapa saja yang cuba menyarankan agar UMNO dan PAS bersatu. Tinggi betul ego Nik Aziz.
Dari kenyataan beliau itu, satu saja yang dapat disimpulkan iaitu, Nik Azizlah punca Melayu tak boleh bersatu...beliaulah bapa perpecahan. Hebat sungguh dendam Nik Aziz hingga tak boleh memaafkan sesama Islam.
Tak perlulah kita mencanang ke langit tentang perpaduan Melayu selagi pemimpin 'Islam' seperti Nik Aziz begitu bernafsu melihat perpecahan Melayu. Tiada sekelumit pun dalam hatinya untuk melihat Melayu bersatu. Apa yang dipentingkan ialah melahirkan pengikut yang taksub akan ketuanya. Padanya perpaduan tak begitu penting sebab mati pun nanti kubur masing-masing.

Apakah Nik Aziz lebih mulia dari Nabi dan wali Allah?
Jika dengan kafir DAP, sanggup berpeluk dan bersentuh pipi, walhal kafir itulah yang secara senyap akan menjatuhkan Islam dan Melayu. Tapi apabila sesama Islam sanggup mendoakan kepada Allah untuk menghancurkan Islam yang lain. Benci sungguh Nik Aziz melihat Melayu Umno yang tak sehaluan politik dengannya sedangkan kita semua berTuhankan Tuhan yang sama...Allah. Hanya Allah yang menentukan ditaraf mana kita...bukan dengan berserban dan berkupiah memanjang yang menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka.
Jadi selagi Nik Aziz masih hidup, tak ada maknanya sama ada Melayu UMNO atau PAS bertungkus lumus mencadangkan perpaduan Melayu...berbual kosong tentang Melayu bersatu, dimana hujung-hujung akan menemui jalan buntu.

Kenapa?
kerana Nik Aziz masih hidup...
UST NASHA TEGAS MAHU PAS DAN UMNO BERSATU
Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.
"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.
Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.
Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah.
"Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama.
"Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya.
Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar.
Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik.
Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - Bernama

No comments:
Post a Comment