Banyak yang sudah diperkatakan macai-macai pembangkang tentang kesatuan dan kesepakatan Pakatan haram ini. Semuanya untuk mengatakan Anwar mampu mengawal parti politik pembangkang buat pertama kali sejak berpuluh-puluh tahun dalu.
Walaupun berbuih mulut kita mengatakan sebaliknya tapi balaci tak peduli. Mereka masih berangan Anwar mampu menyatukan parti-parti politik pembangkang di negara ini dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia seandainya mereka diberi mandat.
Tapi hari ini semuanya jelas bila pada hari penamaan calon pun, sudah 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN yang ditandingi sesama sendiri parti komponen PR ini, apa kata macai-macai Pakatan Haram sekarang ???
Kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat adalah:-
- Parlimen Labuan (PAS vs PKR)
- DUN Kota Damansara (PAS vs PKR)
- DUN Sg Acheh (PAS vs PKR)
- DUN Kota Putera (PAS vs PKR)
- DUN Seberang Takir (PAS vs PKR)
- DUN Bukit Besi (PAS vs PKR)
- DUN Panti (PAS vs PKR)
Masih lagikah Anwar itu pemimpin yang hebat dan layak menjadi Perdana Menteri bila dia tak mampu nak kawal parti-parti politik dalam Pakatan haram ni?
Hakikatnya, semua ini sungguh memalukan, rupanya Anwar hilang kawalan atas semua sekali terutama hubungan dengan PAS (semua kerusi terbabit melibatkan PAS dan PKR). Ternyata Pakatan Rakyat ini memang hanya satu nama yang tidak ada erti langsung. Setakat nak propa di sana sini saja.
Pulak tu, bukan sikit kerusi yang terlibat, 6 DUN dan 1 kerusi parlimen!!! Paling teruk pun masalah seumpama ini ialah pada tahun 2004 bila PAS dan PKR bertanding sesama sendiri di 2 kerusi DUN.
Pada BN, semua ini eloklah sebab undi yang akan pecah ialah undi pembangkang, bukan undi BN. Tapi yang lebih penting, semua ini juga membuktikan bahawa BN adalah perikatan politik yang jauh lebih baik dari Pakatan haram ini.
Ini belum cerita kerajaan lagi, mahu berbunuh dibuatnya sebab nak berebut jawatan.
No comments:
Post a Comment