Pages

Saturday, 9 March 2013

TERKINI #LAHAD DATU @ 090313

SAKI BAKI PENGGANAS SULU MASIH MAHU BERPERANG
Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah.

Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

Walaupun tiada tanda-tanda kumpulan itu akan meletak senjata tanpa syarat oleh saki baki kumpulan itu dan dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan, suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka.

"Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini. Setakat ini 52 militan disahkan terbunuh.

LETUPAN BOM MASIH LAGI KEDENGARAN,TENTERA TERUS BURU PENGGANAS


Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.



PENGGANAS MATI DITEMBAK PAKAI TANGKAL KALIMAH SUCI


Dalam Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut.
Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi 
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA (9 MAC 2013: 12 PM)

IGP: Operasi jam 8 pagi penceroboh cuba keluar dari Tanjung Batu dan berjaya tembak mati...

Berita ringkas ;
- 79 suspek telah ditahann untuk soal siasat.
- Yakin penceroboh cuba kembali ke Tanduo.
- Mereka bergerak antara dua kampung kerana laluan laut telah ditutup
- Pengganas kini bergerak secara individu dan operasi telah diperluas ke kawasan 7km.

Anggota tentera berkubu selepas menguasai Tanduo dan Tanjung Batu.
Operasi gempur dan bersih berterusan.
Operasi Daulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.


Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.





No comments:

Post a Comment