Pages

Tuesday, 5 March 2013

SMS TERAKHIR SEORANG VAT69.



"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna... 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah... 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara... 

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia... 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..." 

***jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas.. sesungguhnya saya sendiri menangis membacanya***

No comments:

Post a Comment