Pages

Friday, 15 March 2013

HOT !!! TIAN CHU DIDAKWA!!!

Memang betul kata pepatah Melayu...Kerana mulut badan binasa.

Kali ini Tian Chua PKR bakal "MAMPOS" dengan keceluparan mulut beliau dalam menghina kematian prajurit negara yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah.

Pada 14 hb Mac jam 9 pagi Tian Chua Ahli Parlimen PKR Batu telah dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta atas pertuduhan Akta Hasutan. 

Biar dia tahu kuasa rakyat dan jangan ingat beliau kebal apabila bergelar Ahli parlimen.


PENYOKONG TIAN CHUA BIKIN KECOH!!! HALANG TUGAS POLIS!!!
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pertelingkahan kecil berlaku di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di antara polis dan pihak Naib Presiden PKR, Tian Chua semasa beliau hadir untuk mendengar tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
Pertelingkahan itu tercetus apabila dua anggota polis bertemu dengan Tian Chua dan peguamnya di kantin kompleks mahkamah tersebut sebelum kesnya bermula. Kedua polis itu menyatakan hasrat untuk menahan Tian Chua di dalam lokap mahkamah, akan tetapi mereka dihalang oleh peguam MP Batu itu, Latheefa Koya. Menurutnya, Tian Chua tidak perlu ditahan di dalam lokap kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk kes berkenaan.

“Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan dia hadir ke mahkamah. Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa. 
Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan,” tegas Latheefa, sambil berkata pihaknya tidak membenarkan Tian Chua ditahan.

Difahamkan Tian Chua akan didakwa dibawah Seksyen 4, Akta Hasutan ekoran kenyataan yang dikeluarkan berhubung kes di Lahad Datu Sabah di laman sosial twitter. 
3 orang peguam dan 5 bodyguard tian Chua halang pihak polis bawa tian Chua. Diluar mahkamah pulak ada sekitar 15 orang penyokong Tian Chua buat benteng bagi memastikan Tian Chua tidak ditahan pihak Polis. 

PENGUAM BENGGANG, TIAN CHUA DITUDUH DI BAWAH AKTA HASUTAN!!!
Pertuduhan terhadap Chua Tian-Chiang @ Tian Chua-MP  Batu telah  dibacakan di bawah Sek 4 (1) b Akta Hasutan 1948, Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Aras 3 di hadapan Hj. Mohd Sekeri bin Mamat pada 14 Mac.

Empat tuduhan menghasut isu tembak menembak di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan.

Dikhabarkan  peguambelanya  iaitu  N. Surendren meroyan pasal Tian Chua dituduh  di bawah Akta Hasutan 1948 dan ia adalah tinggalan  zaman penjajah & penjajah tidak pernah lagi  guna akta ini,Beliau  menyeru kepada mahkamah supaya membebaskan tertuduh. 
Tetapi hujah oleh  Pihak Pendakwaraya   ialah akta ini bukan akta penjajah dan masih berkuatkuasa sehingga kini  malah HAKIM sendiri sahkan ia masih  digunapakai. Jaminan yg ditawarkan pihak pendakwa adalah munasabah, bukti & keterangan akan dikemukakan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. - UTUSAN




No comments:

Post a Comment