Pages

Sunday, 17 March 2013

GURU "HINA POLIS" DITANGKAP!!!

Akhirnya, seorang guru yang sangat hebat mengeji dan menghina pasukan keselamatan terutamanya PDRM di laman FB akhirnya ditangkap.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong.

Wajarkah pendidik ini disimpan?
Ibu bapa mana sanggup melihat anaknya di didik oleh guru ini?
Selain Pihak Polis yang telah mengambil tindakan menahan guru ini
kementerian pelajaran juga perlu mengambil tindakan yang sesuai untuk guru ini
bagi memastikan ibu bapa yakin dengan pihak sekolah bahawa guru seperti ini tidak boleh dibiarkan terus mendidik anak bangsa.

Difahamkan guru ini turut mengalami masalah mental dan laporan polis juga telah dibuat keatasnya pada beberapa tahun yang lepas kerana mengamuk dalam kelas.
Sudah Sampai Masa Kementerian Pelajaran bertanggungjawab penuh keatas "kebiadapan" guru ini agar tidak ada lagi guru seperti ini dilahirkan untuk mendidik anak bangsa kita.

Kenyataan Akhbar KPM terhadap Guru yang menghina Pasukan Keselamatan Kita

No comments:

Post a Comment