“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri."
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak.
KENAPA DULU LAIN KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH BAPA SAIFUL
Bapa Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim, telah membuat sidang media dengan ditemani oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, untuk memutarbelitkan cerita dan fakta berhubung kes liwat anaknya membabitkan Ketua Umum PKR, yang telah diputuskan oleh mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana masalah teknikal.
Menurut Azlan Mohd Lazim, kes liwat itu adalah kes konspirasi membabitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Katanya lagi, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.
Azlan Mohd Lazim berkata demikian dalam satu sidang media tertutup di sebuah apartment di Tingkat 27, berhampiran Taman Melati, Kuala Lumpur pagi tadi.
Sudah tentulah berita tersebut amat menggembirakan para penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim.
Namun, sumber terdekat dengan keluarga tersebut menyatakan, satu pergaduhan besar tercetus ekoran tindak tanduk Azlan Mohd Lazim sendiri. Pergaduhan anak beranak serta beberapa tuntutan kehendaknya tidak dipenuhi, membuatkan Azlan Mohd Lazim berpaling kepada Johari Abdul yang telah berjanji untuk membayarnya RM1 juta sekiranya dia membuat U-TURN.
Secara fakta, bapa Azlan Mohd Lazim hanya muncul apabila berita tentang Saiful Bukhari diliwat mulai diketahui. Azlan yang diketahui mempunyai hutang keliling pinggang cuba mengambil kesempatan bagi meraih duit mudah. Berharap agar Najib Abdul Razak membuat bayaran kerana punggung anaknya dikatakan boleh menjatuhkan Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim berang apabila tuntutannya tidak dilayan.
Beberapa ancaman dan ugutan telah dilakukan. Namun tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian kepadanya.
Punca itulah yang menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan dalam keluarganya. Saiful Bukhari dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan bapanya yang cuba mengaut keuntungan mudah. Apatah lagi bapanya, hanya muncul setelah dia menjadi bahan sensasi media dan tumpuan umum ekoran dakwaannya bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Sehingga artikel ini ditulis, Saiful Bukhari masih lagi berpegang kepada dakwaannya bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah keputusan perbicaraan juga menunjukkan terdapat banyak bukti yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari. Bagaimanapun, ‘MASALAH TEKNIKAL’ sekali lagi menyelamatkannya daripada dihukum.
MESEJ DARI SAIFUL BUKHARI AZLAN
KENYATAAN RASMI SAIFUL BUKHARI TENTANG KENYATAAN BAPA BELIAU
Bismillahirahmannirrahim.
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan.
6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar.
7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.
8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat.
9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.
10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan.
11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.
Bertarikh pada 8 Mac 2013.
Mohd Saiful Bukhari bin Azlan
No comments:
Post a Comment