Pages

Thursday, 14 March 2013

BODOH PUNYA PAS KELANTAN !!!

Perajurit Gugur Pertahankan Negara... 

Bukan Pertahankan PAS!!

PAS sampai sekarang pun masih lagi berpegang dengan pendapat Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa pertempuran dan kematian di kalangan anggota-anggota pasukan keselamatan Malaysia serta serangan lanun Sulu di Sabah merupakan SANDIWARA UMNO-BN bagi tujuan Pilihanraya Umum Ke-13.
Sekalipun PAS tidak menzahirkannya secara berterus-terang sebagaimana yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, hakikatnya suara Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam, sudah cukup untuk menggambarkan bahawa PAS memang senada dengan PKR dan DAP dalam hal ini, mahupun dalam hal-hal yang lain.
Namun bagaikan Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya agar manusia yang menyokong Nik Aziz dan PAS secara sembrono selama ini, membuka kepala dan menggerakkan otak mereka untuk berfikir, dua orang perwira negara yang terkorban di Lahad Datu berasal dari Kelantan.
Sekaligus, kematian tersebut menyebabkan PAS terpaksa menunjukkan muka simpati walaupun mereka sebenarnya tidak percaya langsung dengan kematian yang terhidang di hadapan mata. Malah di kalangan orang yang datang berziarah, mempersoalkan kehadiran Nik Aziz yang bagaikan cuba memeriksa sama ada di dalam keranda yang diusung di hadapannya, memang terdapat jenazah Allahyarham Koperal Ahmad Humairi bin Ismail di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas.
Kehadiran Nik Aziz di Kampung Bayu Lalang, sememangnya amat menarik. Tetapi yang paling menarik ialah contengan bendera PAS serta barisan bendera-bendera PAS yang dipacakkan di sekitar jalan masuk ke rumah keluarga perwira negara itu.
Barangkali menyedari kehadiran ramai orang, PAS Pasir Mas cuba menunjukkan kononnya mereka sangat hebat, sangat berkuasa dan sangat berpengaruh. Walaupun PAS Kelantan secara umumnya, setelah menjadi Kerajaan Negeri lebih 23 tahun yang lampau, gagal menaikkan taraf rakyat Kelantan dan penduduk Pasir Mas dalam segala segi, termasuklah dari segi moral mahupun pendidikan dan ilmu pengetahuan, PAS tanpa segan dan malu, cuba mencuri kredit daripada kematian perwira negara itu.
Sememangnya apa yang ditunjukkan oleh PAS Pasir Mas sudah cukup untuk menggambarkan peribadi dan perilaku para pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Di dalam benak mereka, tiada apa-apa yang dapat mereka fikirkan, kecuali dan mencuri pengaruh demi survival parti tersebut dalam PRU13 yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.

Barangkali kerana itulah juga PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP, mempolitikkan kematian wira-wira negara dengan menyungkurkannya sebagai SANDIWARA UMNO. Hanya kerana reaksi dan kemarahan luar biasa daripada rakyat Malaysia pelbagai keturunan, membuatkan PAS hanya mampu bercakap sesama sendiri dalam perbincangan tertutup.
Sesuatu yang sangat menghairankan orang ramai yang datang ke rumah Allahyarham Koperal Ahmad Humairi bin Ismail itu adalah sikap pasif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini cukup terkenal sebagai seorang ahli politik bertopengkan agama yang cukup gila mengeluarkan pelbagai fatwa-fatwa gila meskipun Nik Abdul Aziz sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengeluarkan sebarang fatwa, langsung tidak "berketik" dan bersuara dalam memperkatakan perihal kematian kedua-dua wira negara yang berasal dari Kelantan itu.
Kalau Ibrahim Libya dan Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia akibat tentangan terhadap Kerajaan Malaysia menerusi pemberontakan di Memali dan tunjuk perasaan BERSIH 2.0, diisytiharkan syahid oleh PAS, para pemimpin parti berkenaan langsung tidak mengeluarkan fatwa yang serupa terhadap kedua-dua orang wira negara dari Kelantan itu?
Apakah PAS masih lagi mengamalkan taqiyyah dalam usaha menyembunyikan sikap dan pendirian sebenar parti itu???


GAMBAR2 SEKITAR KETIBAAN DAN PENGEBUMIAN JENAZAH


















ALFATIHAH...

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan syahid mempertahankan negara. 

Amin.

No comments:

Post a Comment