Pages

Tuesday, 29 January 2013

PESANAN KHAS BUAT PEMBANGKANG!!! USAH DIPOLITIKKAN SOAL KEMATIAN.



Sudah sampai masanya parti-parti pembangkang di negara ini berhenti mempolitikkan kematian orang, terutama dari kalangan orang India. Kalau ada unsur-unsur jenayah, biar Mahkamah, Peguam Negara dan polis sendiri yang membuat siasatan dan keputusan. Tak puas hati, boleh bertekak di mahkamah. 

Bermula 2007, pembangkang sudah galak mempolitikkan kematian orang, nak-nak pulak kalau yang terlibat itu orang India atau orang Cina. Kalau Melayu yang mati cara sama India dan cina ini mati, tak pulak pembangkang ini berminat mempolitikkannya ke tahap tertinggi. Sebut-sebut macam itu sajalah, lepas itu hilang ditiup angin. 

Dengan orang India dengan Cina, cerita bertahun-tahun pun masih disebutnya lagi. Antara contoh A. Kugan dan Teoh Beng Hock. Sekarang, ini kes S Sugumaran, pengawal keselamatan dengan sejarah sakit jiwa yang mengamuk sebelum ditahan polis tapi mati dalam semasa ditahan kerana sakit jantung. 

Cara mati macam ini memang ibarat bulan jatuh ke riba bagi pembangkang. Inilah masanya untuk tunjuk hebat pun. Belum apa-apa, polis dah dituduh sebagai membunuh, macamlah dia hakim yang berhak jatuh hukuman sedemikian. Walhal keterangan 3 saksi yang dikatakan nampak mangsa dipukul orang ramai itu samar, selain kredebilitinya boleh dipertikaikan kerana terdiri dari kenalan dan jiran mangsa. 

Watak utama dalam hal-hal macam ini, berlingkar di kalangan 3 orang ini sahaja, Ahli parlimen Kapar, S Manickavasagam atau Mike, Lateefah Koya dan N Surendran, tiga-tiga dari parti yang sama, iaitu PKR. Dalam kes Teoh Beng Hock sahaja yang ada ramai terlibat sedikit sebab mendiang pembantu ADUN DAP dan DAP pulak ramai peguam-peguam yang turut cari makan dengan politik. 
sumber : 


WAJIB BACA!! SIARAN MEDIA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR


No comments:

Post a Comment