Pages

Thursday, 3 January 2013

NGEH KOO HAM SEMAKIN BIADAP SAMAKAN AL-QURAN DENGAN BIBLE.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah adalah semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Tindakan Koo Ham itu menurut Fathul Bari adalah tindakan menyokong prinsip pluralisme di samping sebagai satu provoksi yang mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam.
““Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Dalam laman sosial Twitter 26 Disember, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi: “
“Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God. 
(Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)”

No comments:

Post a Comment