Pages

Thursday, 10 January 2013

HOT !!! "PAS FOR ALL" SETUJU KALIMAH ALLAH "FOR ALL".


Akhirnya sudah  terjawab PAS hari ini  menerusi Pakatan telah jual kalimah Allah untuk penganut Kristian demi undi . Itu pun ia akan terlaksana bila mana Pakatan menawan Putrajaya & Anwar Ibrahim menjadi PM .
Ketika ini , di bawah kerajaan BN yang diterajui UMNO.. kalimah Allah tetap dipertahankan kesuciannya  selaras dengan kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan yang menggesa ia  wajib dipertahankan setiap umat Islam .


Saya agak musykil dengan fahaman Islam yang dipegang oleh PAS di bawah Abdul Hadi Awang apabila parti itu mengambil keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Sebagaimana maklum, menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu hanya dibenarkan oleh Kerajaan BN untuk digunapakai di negeri Sabah dan Sarawak sahaja memandangkan kedua negeri itu mempunyai penganut Kristian yang agak ramai berbanding di Semenanjung.

Pun begitu, “Khalifah” Guan Eng cuba mencabar dasar Kerajaan BN itu apabila menggesa agar hak penggunaan kalimah “Allah” yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak itu turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sedangkan umat Islam lebih ramai di sini.

Selain itu, ketetapan di dalam perlembagaan negara memberikan hak eksklusif dan keistimewaan terhadap kepentingan Islam yang tidak boleh dicabar telah menetapkan bahawa kalimah “Allah” tidak dibenarkan digunakan di dalam Bible di Semenanjung.

Apa yang saya hairankan ialah pendirian PAS yang bersetuju dengan gesaan Guan Eng itu dan merelakan kalimah “Allah” tercemar hak eksklusifnya.

Lebih memeranjatkan saya, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan seluruh golongan ulama di dalam parti itu menentang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung sebagaimana yang dikehendaki oleh Guan Eng.

Jadi, mengapa tiba-tiba saja PAS dan Abdul Hadi berpihak kepada Guan Eng dengan tidak mempedulikan fatwa dari Dewan Ulama serta Timbalan Mursyidul Am PAS itu?

salib_p-300x207

KEPUTUSAN Pakatan haram yang dianggotai PAS untuk menyokong penggunaan kalimah Allah di gereja hari ini, membuktikan bahawa PAS adalah sebenar-benar anjing kepada DAP dan PKR.

Anjing tauuuu , pasal khinzir dibaling bola tak mahu dia mengejar, tapi anjing memang akan kejar. Siapakah si pembalingnya? Anwar dan DAPlah, siapa lagi, itu perumpamaannya.

Pada yang terlepas pandang, saya nak maklumkan, keputusan ini walaupun bukan baru (keputusan pertama tahun 2010), tapi mengesahkan lagi bahawa Hadi adalah Raja Kafir – tak cukup manusia dia kafirkan , tuhan pun dia kafirkan jugak!!

Apa jenis manusia macam Hadi Awang ni !!!

Kita nak lihatlah selama mana PAS akan bertahan dengan keputusan ini dan jenis putar belit apakah yang akan digunakan mereka untuk mengelirukan anak-anak anjing mereka yang lebih ramai dibawah ini.
Sebab saya yakin, keputusan ini tidak dibincangkan dengan peringkat ahli bawahan.  Jangan kata ahli bawah, pemimpin di atas pun Hadi tak bawak bincang, sebab itu ahli Majlis Syura PAS (badan tertinggi parti itu), Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Mursyidul Am, Harun Din, tak setuju.

Macam ini ke yang kata PAS nak ganti UMNO? Pernahkah UMNO gadai maruah bangsa dan agama kerana politik macam PAS sekarang? Macam mana orang Melayu/Islam yang bentuk kuasa majoriti lebih 60% rakyat dalam Malaysia ini boleh tunduk pada 2.8 juta kristian?

Banyak contoh dan bukti sebelum inj yang menunjukkan PAS tunduk kepada orang DAP yang secara asasnya diperkuatkan oleh para mubaligh Kristian.

Baru dehem tu, belum batuk lagi. Apalah nak jadi dengan PAS ni.  Sebab mabukkan kuasa dan wang yang banyak, semua benda pun mereka langgar.







No comments:

Post a Comment