Dalam satu perkembangan mengejutkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang pada Ahad lepas 27/01/2013.
Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.
"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku."
"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.

Inilah satu majlis yang penuh dengan kesyukuran oleh Mursyidul Am PAS yang mana beliau pernah mengatakan bahawa, sambutan Maulidurasul adalah satu pembaziran tapi bagi menyambut hari lahir beliau adalah sesuatu yang perlu.
Disambut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan, adakah Nik Aziz sedar bahawa apa yang dilakukan oleh beliau seolah olah menghina umat Islam dengan mengatakan sambutan Maulidurrasul adalah pembaziran dan suatu perkara yang tak sudah ?

Mungkin sebelum acara potong kek ini dilakukan, Karpal Singh sudah pun menadah tangan berdoa dengan menggunakan perkataan Allah untuk kesejahteraan beliau. Tapi apa yang pasti ialah, sambutan atau acara ini disambut di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Agak menyedihkan bukan? Sambutan Maulidurrasul pembaziran, sambutan hari lahir Nik Aziz di kediaman Karpal halal, begitulah PAS menghalalkan cara dalam mencari kuasa.
Mungkin Sangkakala tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Karpal, tapi sudah pastilah dirumah tersebut mempunyai berhala atau sebagainya yang diharamkan dalam Islam tapi Nik Aziz masih sanggup untuk masuk ke kediaman tersebut serta menjadikan ianya sebuah tempat acara.
Sayang sekali pemimpin tertinggi PAS ini tidak mampu menolak gejolak nafsu untuk berkuasa.

Apabila Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang melarang perarakkan Maulidul Rasul, cepat-cepat Tok Guru Nik Aziz mengiyakan bahawa perarakan dan sambutan Maulidul Rasul sebagai bidaah...
Sambut harijadi sendiri dengan kek "orang putih" tu bukan bidaah ke???
KUALA LUMPUR, 29 Jan - Kehadiran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sambutan hari jadinya yang ke-82 di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat sebagai satu sindiran tajam kepada Dewan Ulama Pas berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu sememangnya tamparan hebat kepada Dewan Ulama Pas kerana sebelum ini Karpal merupakan individu yang lantang meminta dikaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.
"Sikap Nik Abdul Aziz ini seolah-olah menolak pendirian ulama namun itu tidak mengejutkan kerana beliau sebelum ini merupakan individu terawal yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah namun kemudiannya tewas hujah dan terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas."
Tindakan Nik Aziz berjumpa dengan individu yang menentang keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu wajar dipersoalkan, sehubungan itu PAS didesak untuk menilai semula kedudukan Menteri Besar Kelantan sebagai Mursidul Am," katanya.
Ismail Mina juga menambah tindakan Nik Aziz sebagai tidak mengendahkan desakan akar umbi yang mahukan parti itu menilai semula hubungan dengan DAP.
"Nik Aziz jelas tidak ambil peka dengan desakan dan pandangan ahli parti terutamanya berkaitan dengan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP," tegas Ismail Mina.

No comments:
Post a Comment