Penulis buku kontroversi C.N Al-Afghani mendedahkan 18 hari sebelum Pas membuat keputusan membenarkan kalimah Allah dikongsi kepada penganut Kristian pada Disember 2009, Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam partinya.
Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Hudud & Negara Islam Digugur
Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.
“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.
“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”
Anwar Disepakati Jadi PM
C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah turut mendedahkan dalam perjanjian sulit itu, Anwar Ibrahim disepakati bersama untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri (PM).
“Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.
“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
“Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu,”dedahnya.
Anwar Al-Juburi
Menurutnya, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.
“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.
“Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.
“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI.
“Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika dahulu menjadi Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno. Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan Islam.
“Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi kepercayaan sebagai PM. Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.
“Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu biseksual adalah serius. Logiknya, Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM.
“Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat isu ini bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih,”dedahnya lagi.
No comments:
Post a Comment