Pages

Monday, 24 December 2012

NAJIB TAKUT UMUM NAMA CALON ATAU ANWAR YANG HILANG TELUR NAK PILIH CALON??

BAHANG pilihanraya 13 kembali dirasai selepas DS Najib Razak baru-baru ini telah bersoloroh dalam media bahawa PRU-13 akan diadakan dalam bulan Februari atau sebelum Tahun Baru Cina atau mana-mana tarikh yang dianggarkan sesuai.

Puak pakatan terus berdolak dalih berkenaan dengan calon yang ingin dibawanya. Maka untuk menutup malu sendiri, Anwar dan sekutunya DAP telah mengarahkan cybertroopers pakatan supaya mencabar Najib untuk mengumumkan nama calon BN secepat mungkin.

Sorry Anwar dan DAP, Najib tak sebodoh Nik Aziz yang terus ditipu walau akar umbi PAS tidak menyokong kepimpinan pusat PAS. Najib lebih bijak dari Nik Aziz dengan membawa nama-nama calon BN ke SPRM terlebih dahulu supaya calon yang dibawanya betul-betul 'winnable-candidate'.

Secara tak langsung, Anwar dan DAP sudah mula terkencing dalam seluar. Jika Najib akan hantar nama ke SPRM sudah tentu calon yang dibawa oleh Anwar dan DAP perlu dihantar ke SPRM juga untuk pembersihan. Ada berani ke Anwar dan DAP??

Sudah tentu semua calon yang akan dibawa Anwar dan DAP akan tersangkut dan tidak boleh jadi calon kerana kebanyakan mereka memang ada harta yang melampau walau baru memerintah 4tahun. Kita ambil contoh mudah; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Mak Lampir yang dahulu hanya ada kereta Myvi sebuah, kini setelah bergelar Yang Berhormat kenderaan yang ada telah bertambah sebanyak 4 buah kenderaan mewah. Ada berani ke??

Jelas yang sebenarnya bukan Najib yang takut nak adakan pilihanraya. Sebenarnya Anwar dan DAP yang tak ada telur nak hantar nama kat SPRM. Nama calon dari BN telah siap untuk didedahkan namun hanya tunggu puak pakatan yang sehingga kini masih belum mencalonkan calon-calon yang layak.

No comments:

Post a Comment