Pages

Saturday, 15 December 2012

HOT !!! ORANG MELAYU PERLU SEDAR !!!


Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras, jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.

"Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya."

"Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya."

"Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15  bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini. Bagaimanapun, katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.

"Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera."

"Tindakan afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu apabila kami yakin yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat," katanya.

Bagi mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa, kelulusan lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa. Beliau menyangkal dakwaan pembangkang  bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.
 - Bernama

No comments:

Post a Comment