Rakyat yang bijak akan tetap memilih UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kali ini bukan kerana ia parti yang sempurna tetapi satu-satunya parti yang ikhlas dan tegas berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.
UMNO serta Barisan Nasional (BN) juga sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa memperbaiki diri serta parti demi kepentingan rakyat. Justeru itu, adalah penting untuk UMNO dan BN sifar masalah termasuklah masalah dalaman kerana sekiranya ia tidak diatasi maka kesannya adalah dalam dan besar kerana kemungkinan besar Malaysia akan berubah lanskap sepenuhnya iaitu menjadi sebuah negara republik ataupun sebuah negara yang terlalu liberal.
Apa pun masalah dalaman UMNO, hala tuju UMNO masih tetap, jati diri UMNO masih teguh dan pendirian UMNO masih utuh. Sedangkan pembangkang masih tercari-cari hala tuju, masih terpinga-pinga dengan jati diri dan masih terkial-kial memahami erti pendirian. UMNO serta Barisan Nasional (BN) perlu bergerak sebagai satu formasi yang teratur dan tersusun ke arah satu objektif iaitu kesepaduan dan kefahaman yang jitu agar BN sentiasa menjadi parti yang kuat dan tidak mungkin ditandingi pembangkang sekaligus mencapai kemenangan pada PRU nanti.
Rakyat seharusnya sedar bahawa semboyan perang yang ditiup bukan sekadar semboyan perang merebut kuasa pilihan raya tetapi lebih dari itu, perang ini melibatkan survival bangsa dan kedaulatan negara, Mana tidaknya kerana pembangkang begitu jelas gemar bersekongkol dengan anasir-anasir luar yang punya kepentingan untuk menjajah Malaysia secara halus.
Kalau ada pun kesepakatan di antara mereka hanyalah untuk memusnahkan negara melalui hasutan, tiupan semangat perkauman dan kebencian yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment