Sesi perbahasan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Negeri Perak bertukar kecoh selepas Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar membangkitkan skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar yang dianugerahkan kerajaan Kelantan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana dua pemimpin kanan DAP Perak merupakan pengarah syarikat berkenaan.
Beliau memberitahu, pendedahan itu dibuat kerana kedua-dua nama pemimpin DAP, iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming tercatat dalam pendaftaran syarikat sebagai antara pengarah syarikat terbabit.
Sebelum itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kroni mereka dalam pemberian tanah tanpa melakukan tender secara terbuka.
Menurut Hamdi lagi, penganugerahan tanah daripada kerajaan Kelantan itu berkemungkinan sebagai habuan daripada PAS Kelantan kepada DAP Perak kerana bersetuju menerima dan melantik Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.
“Kita dedahkan ini kerana mereka sering menuduh BN kerajaan tidak baik dan suka beri projek pada kroni manakala parti mereka baik, bersih dan tidak ada cacat cela.
“Dengan bukti-bukti ini, adakah pakatan ini sebenarnya bersih seperti mana yang mereka dakwa,” katanya.
Sementara itu, Kor Ming pada sidang medianya selepas itu, menafikan dakwaan beliau dan Koo Ham telah menerima habuan tanah daripada kerajaan Kelantan. - SUMBER PERAK TODAY
FAKTA KES .
Nama syarikat : UPAYAPADU PLANTATION (Syarikat 2 hinggit)Ahli Lembaga Pengarah : Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming (sepupu)
Keluasan tanah : 4,529.9 hektar (10,526 ekar)
Lokasi : Relai, Chiku, Gua Musang
Nilai : RM 30,000,000.00
Tarikh pemberian : Semasa proses tawar-menawar memilih Menteri Besar Perak antara DAP dgn PAS.
Maka dengan itu dalam kes yang melibatkan beribu ekar tanah yang bernilai berjuta ringgit sebagai ganti Nizar menjadi Menteri Besar di Perak pada 2008 yang sedang hebat diperkatakan orang ramai ini pun, saya yakin pengakhiran kisahnya tetap sama dengan kes-kes yang pernah dilapor sebelum ini yang melibatkan penyalahgunaan kuasa Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu tidak ada kes.
Melainkan, ada campur tangan dari pihak SPRM Putrajaya dengan mengambil alih siasatan dari pegawai SPRM Kelantan yang seolah-olah sudah disembur air tawar dimuka mereka oleh Nik Aziz sehingga senang-senang saja Menteri Besar Kelantan itu terlepas berpuluh tahun dengan isu-isu penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa serta kekorupan yang pernah dibuatnya.
Kes kali ini saya yakin solid dan kukuh dengan adanya dokumen seperti perjanjian dan salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang tidak "memungkinkan" SPRM kata "tidak ada kes".
Itu tak kira lagi, sokongan dari rakyat Gua Musang yang melihat sendiri depan mata mereka bagaimana perampasan beribu ekar tanah ini berlaku, yang sekarang kita tahu untuk diberikan kepada pemimpin DAP Perak seperti yang didakwa, sebagai ganti melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Dari mula pun kita tahu ada yang tak kena, macam mana DAP yang ada 18 kerusi boleh tukar pendirian satu malam untuk melantik Nizar dari PAS yang hanya ada 6 kerusi menjadi Menteri Besar?
Walaupun perlembagaan negeri Perak mengatakan Menteri Besar mestilah seorang Melayu dan beragama Islam, tapi ada juga klausa yang memberi kuasa kepada Sultan Perak melantik bukan Islam menjadi Menteri Besar. Maksudnya kalau DAP berkeras mahukan Datuk Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Menteri Besar pun boleh. Tapi pelik dalam masa 24 jam perkara tersebut berubah, rupanya ada deal lain.
Jadi penting SPRM Kelantan dibersihkan dari "barua" Nik Aziz supaya rakyat dapat melihat buat pertama kali penipuan ini didedahkan dengan sepenuhnya. Ini perlu dilakukan segera bagi mengelakkan keyakinan rakyat terhadap intergrati SPRM terjejas, dalam masa yang sama lebai korup macam Nik Aziz ini boleh dihumbankan ke dalam penjara sebelum dia masuk kubor – kalau berjaya dibuktikan bersalah.
No comments:
Post a Comment